Archive for 29 Mei 2015


MELAPAH KAMBING

Tarikh : 22 Mei 2015

Lokasi : Surau Riyadhus Solihin Taman Austral Kepayan

Beginilah kami jamaah surau mengukuhkan ukhuwah. Apabila sahabat kami, Sdr Ahmad Tariq memperolehi cahayamata ke-4, dan sebelum itu Ustaz Mizan juga mendapat anak dan kedua-dua mereka berhasrat untuk mengadakan majlis aqiqah sempena kunjungan Sheikh Fahmi Zamzam ke Kota Kinabalu pada pagi ahad untuk kuliah PAKSI, maka secara spontannya kerja-kerja mencari kambing, membeli, menyembelih, melapah dan sebagainya disusun.

Anak-anak dari Maahad Darul Hadis Sembulan turut menghulur tenaga, membantu kerja-kerja melapah empat ekor kambing yang selesai disembelih pada sebelah petang sebelumnya. Bakal pendakwah turut dilatih untuk kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan.

Lapah Kambing (1) Lapah Kambing (2) Lapah Kambing (3) Lapah Kambing (4) Lapah Kambing (5) Lapah Kambing (6) Lapah Kambing (7) Lapah Kambing (8) Lapah Kambing (9) Lapah Kambing (10) Lapah Kambing (11) Lapah Kambing (12)

Sumber : Web JAKIM

Dalam Islam nilai kemanusiaan telah digariskan di dalam beberapa perkara antaranya ialah, pertama; Islam memberi jaminan hak untuk semua manusia sebagaimana termaktub dalam Piagam Madinah. Kedua: Islam memelihara dan menghargai nyawa setiap manusia.  Agama Islam amat menghargai dan memelihara nyawa setiap manusia, kerana itulah melakukan pembunuhan terhadap seseorang tanpa hak dilarang dalam Islam. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 190 bermaksud :

Maksudnya: “Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu. Dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan) kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.

Ketiga: Memelihara hak keamanan, kemerdekaan dan keadilan sejagat dan keempat: Islam memberi kebebasan beragama.

Sepanjang sejarah Islam tidak pernah wujud sebarang paksaan, kerana Islam berkembang melalui dakwah secara berhikmah. Tidak ada seorang pun dibunuh kerana keengganan memeluk Islam bahkan Islam tidak membenarkan unsur-unsur paksaan sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak bahawa agama  Islam tersebar melalui peperangan dan pertumpahan darah.

Pada ketika ini negara kita dikejutkan dengan isu kemanusiaan antaranya pelarian Rohingya yang hanyut di lautan, mencari tempat perlindungan. Secara ringkasnya, mimbar ingin menyatakan bahawa rakyat Rohingya kebanyakannya adalah satu kumpulan etnik beragama Islam di utara negeri Rakhine yang terletak di barat Burma.

Sebagai umat Islam yang beriman, marilah sama-sama kita mengambil tanggungjawab dan perhatian kepada isu kemanusian ini, kerana mereka sebahagian dari umat manusia yang memerlukan pembelaan dan pertolongan dari kita semua. Ingatlah bahawa  ajaran Islam telah menetapkan bahawa aktiviti amar makruf (menyuruh melakukan kebaikan) adalah suatu tuntutan atau agenda tertinggi dan ianya melangkau sempadan negara dan bangsa.

Andaikata aktiviti amar makruf ini tidak dipedulikan, maka kita akan menyaksikan keperitan dan kesusahan hidup yang dialami ini akan berpanjangan. Hulurkanlah segala bantuan yang termampu samada dari segi fizikal atau pemikiran demi membebaskan segala permasalah yang dihadapinya agar dapat hidup sempurna, aman dan damai sebagaimana umat Islam yang lain.

%d bloggers like this: