Archive for 28 Mei 2015


Tarikh : 19 Mei 2015

Lokasi : Kelas Semester 3 MTQQNS

Inilah pasukan tasmik saya. Bermula dengan 14 orang, kini tinggal 12 orang. Sepasang sudah tidak bersama-sama kami lagi. Saya doa dan harap pasukan ini kekal sehingga mereka khatam hafaz dan menamatkan pengajian di Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah ini.

Doakan mereka istiqamah dan tabah menempuh hari-hari mendatang khususnya menjaga disiplin menghafaz al-Quran.

IMG-20150519-WA0032 IMG-20150519-WA0037 IMG-20150519-WA0038

Tarikh : 22 Mei 2015

Lokasi : Kelas Persijilan MTQQNS

Alhamdulillah, untuk semester yang baru bermula kali ini, saya masih punya subjek untuk kelas persijilan. Salah satunya talaqqi al-Quran. Bagi semester 3, sasaran kali ini ialah sehingga habis surah as-Soffat, sementara bagi semester 1, bermula surah al-Fatihah sehingga akhir surah al-An’am.

Pertemuan hari pertama, saya sangat gembira dengan semua siswa siswi baru, tilawah al-Quran yang agak kemas dan mantap walaupun masih boleh diperbaiki. Hanya sendikit kesilapan besar, sementara kesilapan kecil perlu diperhalusi.

Persijilan2015 (1) Persijilan2015 (2) Persijilan2015 (3) Persijilan2015 (4) Persijilan2015 (5) Persijilan2015 (6)

%d bloggers like this: