Archive for 23 April 2015


Sumber : http://www.mstar.com.my/lain-lain/tips-bahasa/2014/02/24/perbezaan-antara-bena-dan-bina/

Kata bena dan bina seakan-akan sama bentuknya, sehingga kerap juga orang mengucapkan atau menulis kedua-dua patah kata itu seperti dalam ayat di bawah ini:

1 Ani bina tak bina saja mendengar nasihat ibu.

2 Beberapa orang askar membena jambatan sementara ketika banjir berlaku.

Penggunaan kata bina dalam ayat 1 ternyata salah kerana bina bererti “membangunkan” atau “mendirikan”.  Oleh itu, kata bina sesuai digunakan dalam ayat 2.  Penggunaan kata bena dalam ayat 2 pula salah kerana bena bererti “acuh”, “peduli”, “endah”, “perhatian”.  Jadi, kata bena sesuai digunakan dalam ayat 1 dengan pengertian “acuh tak acuh”.  Makna kata bena yang lain ialah “ombak”, “pasang”, dan “banjir”.

Contoh lain bagaimana kedua-dua patah kata itu patut digunakan dengan betul adalah seperti yang berikut ini:

A

1 Janganlah berbuat tidak bena ketika menghadapi kesusahan.

2 Tidak patut kamu bersikap tidak bena terhadap orang tuamu.

3 Hatinya keras sekali; tidak dibenakannya amaran itu.

4 Perlu sangat kita mengambil bena kepada kepentingan orang lain.

5 Air bena menyebabkan beberapa perahu hanyut.

B

1 Tugas kita sekarang ialah membina suatu negara yang kukuh.

2 Jambatan yang dibina oleh orang kampung musnah dilanda banjir.

3 Pemuda pembina bangsa.

4 Pembinaan bangunan sekolah hampir selesai.

5 Binaan ahli-ahli seni bina Islam tinggi mutunya.

Sekarang perhatikanlah contoh-contoh lain penggunaan kata bena dan bina.

1 Semakin lama semakin banyak lebuh raya yang dibina.

2 Piramid dibina dengan mengorbankan entah berapa banyak jiwa.

3 Jika anda bersikap tidak bena terhadap kejadian sekeliling, akan jadilah anda seekor katak di bawah tempurung.

4 Bahan binaan selalu sahaja sukar didapat.

5 Sifat bena tak bena salah satu punca kegagalan dalam kehidupan.

> Ruangan ini diselenggarakan dengan kerjasama Ibu Pejabat Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur

Tarikh : 21 April 2015

Lokasi : Simsim Sandakan

Ikan Bakar Mama Resipi di Sim-Sim Sandakan tidak pernah menghampakan. Alhamdulillah. Terima kasih Tuan Suri yang bawa dan belanja makan. Semoga Allah memurahkan rezekiNya untuk Tuan Suri.

simsim

%d bloggers like this: