Tarikh : 19 April 2015

Merawat pesakit yang terkena gangguan pada sisi yang utama adalah satu peluang dakwah terutama berkaitan tentang kuasa Allah SWT memberi sakit dan sembuh. Tidak sedikit pesakit yang datang bertemu – mudah-mudahan dengan kesedaran – asalnya tercemar aqidah mereka dengan meyakini ada benda lain yang berkuasa memahan mereka daripada sesuatu penyakit dan mudharat.

Perawat juga wajar memperbaiki teknik dakwah dalam rawatan agar mereka dapat disedarkan dengan izin Allah SWT jua bahawa kuasa penyembuh hanyalah semata-mata Allah SWT bukan tangkal, azimat, air, ubat, doktor dan mana-mana makhluk.

IMG-20150417-WA0101