Tarikh : 14 April 2015
Lokasi : Jalan Taman Perumahan LDA WP Labuan
Saya jemput tuan/puan di Labuan untuk menjamu selera di restoran milik sahabat baik kami, Chef Abdullah Ahmad di Restoran Warisan Bonda, Jalan Taman Perumahan LDA.
Sudah dua kali datang ke sini, menunya sangat menyelerakan dan tidak mengecewakan. Antara resipi yang menarik di sini ialah nasi arab, nasi ayam pop, ekor masak pedas, pelbagai jenis soto, sup dan tomyam, nasi goreng ikan masin, kambing black pepper, ayam gulai minang, ayam pandan, ayam tumis kunyit, lamb chop, chicken chop dan banyak lagi.
Chef Abdullah sebelum ini adalah ketua chef di Hotel Shangri La Bandaran Berjaya Kota Kinabalu sebelum berhijrah ke WP Labuan. Juga berpengalaman menjadi chef di Hotel Promenade, Magellan Sutera, Sebana Golf & Marina Resort Johor, Hotel Sheraton Labuan dan Hotel Sandbay Sandakan.
Beliau juga seorang ahli dan perawat Darussyifa’. Hubungi beliau +60128186692.