Tarikh : 13 April 2015

Lokasi : WP Labuan

Pertemuan berharga bersama rakan-rakan sekelas darjah 1-3 tahun 1986 SK Lubok Temiang. Saya bersekolah di sini 3 tahun saja sebelum berpindah sementara kawan-kawan lain kekal sehingga darjah 6.

Lebih 25 tahun meninggalkan sekolah rendah, banyak kisah suka duka dan pahit manis. Kami dimaklumkan ada rakan-rakan yang sedang menikmati puncak kerjaya dan ada juga yang sedang melalui detik hitam kehidupan.

Menariknya seumur kami 36 tahun kini, sudah ada rakan sekelas kami yang bermenantu dan bercucu kerana berkahwin awal. Ada juga yang sudah berpisah dengan pasangan masing-masing. Ramai masih berada di WP Labuan dan tidak kurang juga yang merantau sama ada di Sabah atau semenanjung.

Ini reunion kecil-kecilan dan mudah-mudahan ada pertemuan berikutnya selepas ini.

sklt IMG-20150413-WA0128 IMG-20150413-WA0132