Archive for 11 April 2015


AKHIRNYA BERTEMU JUGA

uai

Tarikh : 21 Mac 2015

Lokasi : Kuala Ibai Terengganu

Lewat malam selepas menghadiri program di Rusila, kami sekereta singgah makan di sebuah restoran. Asalnya saya keberatan hendak turun kerana terlalu letih dan mengantuk. Tapi memandangkan kawan-kawan sekereta semuanya turun, maka saya turutkan jua di belakang mereka.

Masuk kawasan restoran, badan saya terasa segar melihat dari arah belakang sosok tubuh yang terkenal khususnya dalam chanel Youtube. Kami duduk di kerusi membelakangi UAI yang makan bersama keluarganya.

Selepas UAI menjamu selera, kami perhatikan saja satu demi satu orang datang mengajak bergambar bersama. Beliau melayan semuanya sekali, bersembang seperti kenal lama. Begitu juga dengan rombongan kami.

Sesudah bergambar beramai-ramai, dilayannya pula seorang demi seorang hendak merakam kenangan. Dia sempat menyakat Ustaz Mat Suaid dengan ungkapan JKKnya yang terkenal itu. Patutlah anak-anak muda dan pencinta kuliah beliau sayang kepada Ustaz Azhar Idrus (UAI) ini.

Bigboh kata mereka.

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/34820-bimbang-allah-dedah-aib-kita

Oleh Ustaz Haji Idris Ahmad

Syukur kepada Allah kerana Allah melindungi keaiban yang ada kepada kita sehingga tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu kita cuba mengelak diri kita daripada mendedahkan keaiban orang yang soleh kepada orang ramai, bimbang Allah mendedahkan keaiban yang tersembunyi yang ada kepada diri kita.

Fikir belum cakap

Berfikir sebelum bercakap. Berfikir sebelum menulis. Berfikir sebelum bertindak. Bukan sebaliknya, kerana ia membawa padah kepada diri dan juga jamaah. Allah memberi kepada kita akal untuk kita berfikir, oleh itu gunakanlah akal untuk kebaikan diri dan jamaah. Jangan sia-siakan anugerah Allah SWT kepada kita.

Bangun jamaah

Mari kita bekerja untuk membangunkan jamaah. Jika kita tidak buat, siapa lagi yang akan membuat kerja jamaah. Musuh sentiasa bersatu melawan kita. Kebiasaanya orang yang hendak memimpin kurang berbanding dengan orang yang hendak mengikut. Contohnya dalam satu cawangan ada 70 ahli, tetapi sedikit yang hendak ke hadapan untuk memimpin. Oleh itu hargailah mereka yang memang sudah bekerja, soal ikhlas atau tidak ini urusan Allah SWT.

Puji

Memang sudah menjadi tabiat manusia orang yang kita suka, kita akan puji dan cuba “cover line” kalau ada kecacatan. Tetapi jika orang yang kita benci buatlah baik macam mana pun sekali pun, maka tetap akan dianggap buruk. Peringatan untuk diri sendiri.

HARAKAHDAILY 11/4/2015

%d bloggers like this: