Archive for 4 April 2015


Tarikh : 23 Mac 2015

Lokasi : Maahad Tahfiz al-Quran Lid Dakwah wal Imamah, Kg Luat Lenggong Perak

Alhamdulillah dapat berpeluang singgah sebentar di maahad ini yang dipunyai oleh Tuan Haji Razman Zakaria. Suka dapat melihat anak-anak tahfiz di sini asyik dengan al-Quran dan kemudian mendengar tazkirah daripada guru mereka.

Saya sedikit hampa apabila sekian banyak foto-foto yang saya rakam di sini musnah apabila ext harddisc saya diserang virus. Banyak aktiviti pergerakan saya ke Perak kali ini yang tidak sempat dikongsikan kecuali yang di bawah ini saya ada dahulukan siarannya di page fb Abu Nuha Corner.

maahad

Sumber : Web JHEAINS

Isu makanan, minuman halal, restoran, kedai makan atau gerai makanan halal, bahan gunaan harian termasuk kosmetik, ubat-ubatan dan lain-lain terus menjadi isu utama dalam kehidupan umat Islam di Negara ini.

Ditambah lagi isu penggunaan perkataan yang mempengaruhi dan mengelirukan umat Islam seperti perkataan ‘serve no pork’, “Ditanggung Halal”, “makanan orang Islam”, Restoran Makanan Laut atau Restoran Seafood dan lain-lain. Malah ada juga pengusaha restoran makanan bukan Islam yang menggunakan orang Islam, bertudung untuk menarik pelanggan orang Islam.

Rasulullah SAW telah mengingatkan umat Islam supaya berhati-hati dengan halal haram, perkara syubhat dan tipu daya bagi mengelirukan umat Islam. Makanan, minuman dan bahan gunaan harian yang halal adalah perkara yang wajib dicari dan diusahakan oleh umat Islam. Makanan, minuman dan bahan-bahan gunaan yang halal, baik dan berkhasiat itulah yang baik untuk kehidupan manusia, sebagaimana firman Allah SWT di dalam Al Quran bermaksud :

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu”. (Surah Al-Baqarah, ayat 168)

Ayat ini merujuk kepada seluruh umat manusia sama ada yang beriman atau tidak beriman, Allah SWT perintah supaya memakan yang halal, baik dan berkhasiat sahaja. Kemudian dilarang menuruti jejak langkah syaitan. Sebab syaitan itu makhluk jahat dan musuh nyata bagi manusia sehingga hari kiamat.

Manakala dalam hadithnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Mencari yang halal itu adalah fardu bagi setiap orang Islam”. (HR Ibnu Abdil-Barr).

Merujuk mafhum ayat Al Quran dan sabda Rasulullah SAW ini, adalah jelas dan nyata bahawa umat Islam hendaklah memastikan makan minum dan bahan-bahan gunaan yang diguna pakai mestilah halal.

%d bloggers like this: