Dr Zulkifli

Tarikh : 23 Mac 2015

Lokasi : Kuala Kangsar Perak

“Biarlah apa yang terjadi kepada kita, biarlah kita menghadap Allah SWT dengan hati yang suci dan dengan mengatakan aku sentiasa berjuang untuk-Mu” – Almarhum Dr Zulkifli Muhammad.

***

Menziarahi pusara Almarhum Dr Zulkifli Muhammad, tokoh pejuang kemerdekaan, Timbalan Yang Dipertua PAS (1956), Ahli Parlimen Bachok (1959-1964).

Pusara di Kuala Kangsar Perak ini juga sekali dengan Almarhumah isteri beliau, Ustazah Asiah Kamaruddin, Naib Ketua Agung Dewan Muslimat PAS Pusat. Pasangan pejuang ini meninggal dunia pada 6 Mei 1964.