Archive for 28 Mac 2015


Tarikh : 19 Mac 2015

Rakan pemandu yang baik hati turut memperlihatkan kepada kami beberapa lokasi kesan banjir yang berlaku kepada negeri Kelantan ini pada awal tahun ini. Kami turut dimaklumkan sumbangan masyarakat seluruh negara sangat memberangsangkan.

Kemusnahan yang tidak sedikit namun mempunyai hikmah yang sangat besar kepada semua. Baik kepada orang yang terkena musibah, juga kepada mereka yang tidak terkena, sama ada mahu membantu atau sebaliknya.

Lokasi di dalam foto ini adalah antara kawasan yang terkesan dengan musibah banjir. Lihat saja jambatan rel keretapi yang musnah dan hanyut, sehingga perkhidmatan keretapi ke negeri ini terpaksa dihentikan sehingga baik pulih selesai. Subhanallah.

IMG-20150319-WA0078 IMG-20150319-WA0080 IMG-20150319-WA0081

Tarikh : 19 Mac 2015

Lokasi :

Seterusnya rakan kami yang baik hati membawa kami berjalan-jalan ke sekitar Tumpat. Saya ikutkan saja destinasi yang dituju walaupun sekadar berjalan-jalan. Sehingga waktu hampir zuhur, kami singgah di sebuah masjid.

Di situ saya mengetahui rumah Menteri Besar Kelantan Ustaz Ahmad Yaakob hanya berdekatan beberapa minit berjalan kaki menuju ke masjid ini. Saya sendiri berfikir mungkin agak susah bertemu MB Kelantan pada hari ini kerana menurut sumber ada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan. Tapi kalau ada rezeki, apa salahnya!

Dekat azan dikumandangkan, Ustaz Ahmad Yakob muncul berpakaian lengkap baju melayu masuk ke dalam masjid ini. Imam mengambil tempat memimpin solat yang ramai jamaahnya. Selepas solat saya memberanikan diri untuk bertemu dan memohon izin untuk bergambar kenangan bersamanya. 


IMG-20150319-WA0071

%d bloggers like this: