Archive for 19 Mac 2015


Tarikh : 13 Mac 2015

Lokasi : Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan

Petang yang hening, suasana yang mendamaikan, kami dapat juga akhirnya menziarahi pusara Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak jauh dari rumahnya.

Meskipun sepanjang hayatnya saya hanya dapat melihatnya secara langsung tidak sampai 10 kali dan berjabat tangan mungkin hanya 2-3 kali, Almarhum TGNA tentulah dekat di hati kita semua. Contoh keperibadiannya yang sangat hidup wajar dicontohi. Almarhum telah menunjukkan contoh kepimpinan ulamak, mentadbir sebuah negeri, mendidik dan mentarbiyah rakyat dan ummah sehingga beliau layak digelar murabbi ummah.

IMG-20150313-WA0090 IMG-20150313-WA0116-1 IMG-20150313-WA0118 IMG-20150313-WA0120

Tarikh : 13 Mac 2015

Lokasi : Bachok Kelantan

Dalam kunjungan ke Kelantan kali ini, sempat juga berziarah ke rumah keluarga sahabat kami Mohd Yusri Razali, yang kini sedang bekerja di Hospital Queen Elizabeth 1 Kota Kinabalu. Keluarganya sangat mesra dengan kami walaupun ini julung kali bertemu. Hidangan keropok lekor yang dijamu sangat menyelerakan.

Ketika ziarah ini juga, kami dimaklumkan atok Yie sedang dalam keuzuran. Saya turut menziarahi beliau ini yang terbaring di pembaringannya sahaja.

IMG-20150313-WA0083 IMG-20150313-WA0110 IMG-20150313-WA0111

%d bloggers like this: