Archive for 15 Mac 2015


BEPANYAP

Tarikh : 10 Mac 2015

Lokasi : Taman Jumbo, Petagas

Agak meletihkan apabila banyak masa dihabiskan untuk mengemas buku-buku di Maktabah el-Mansoura milik kami. Sementelahan saya pula seorang yang cerewet dalam mengemas buku-buku sama ada menyusun untuk berpindah atau menyusun di rak yang tersedia. Adakalanya saya menghabiskan berminggu dan berbulan untuk mengatur susun buku tersebut bagi memuaskan hati saya sendiri.

Apatah lagi untuk menyusun ke rak-rak, saya sendiri yang mengemasnya mengikut format yang saya kehendaki sendiri. Sikap saya ini disedari dan difahami oleh isteri dan anak-anak saya. Akhirnya, apabila saya hendak mencari buku tertentu pada satu ketika, saya mengetahui di mana letaknya buku tersebut dan merasa puas dengannya.

Buku (1) Buku (2)

Tarikh : 7 Mac 2015

Lokasi : Perkarangan Pejabat Daerah Putatan

Tahniah kepada Ustaz Saiful Azlan dan Kalsum Umayirah yang dinobatkan sebagai johan qari dan qariah MTQ Daerah Putatan hujung minggu lalu. Kedua-dua mereka mewakili daerah ke MTQ Peringkat Bahagian Pantai Barat Selatan yang diadakan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu 11 Mac 2015.

MTQ Putatan (1) MTQ Putatan (2) MTQ Putatan (3) MTQ Putatan (4) MTQ Putatan (5)

%d bloggers like this: