DPPK Putatan

Tarikh : 7 Mac 2015

Lokasi : Asia City Kota Kinabalu

Terima kasih Sdr Ir. Hj Khairil Nizam, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia yang bertandang ke Putatan merasmikan Mesyuarat Dewan Pemuda PAS Kawasan Putatan minggu lepas. Ia membangkitkan semangat anak-anak muda di kawasan ini untuk memacu gerakan Islam ini agar digemari oleh anak-anak muda.

Ketua DPPK Putatan, Yusrizal Anuar menggariskan beberapa aktiviti yang sudah, sedang dan akan digerakkan oleh jentera mereka sama ada dari segi siasah, dakwah dan tarbiah. Aktiviti-aktiviti menawan hati anak muda yang bersifat syarie, kerja-kerja dakwah luaran dan tarbiah dalaman seperti usrah, liqa dan sebagainya akan terus menjadi keutamaan mereka.