Tarikh : 4 Mac 2015

Lokasi : Surau Riyadhus Solihin Taman Austral Kepayan

Kuliah yang berlangsung di surau ini antara yang bertahan lama berbanding kuliah sahabat-sahabat saya yang lain di sini. Kebiasaannya, kuliah di sini lambat bermula dan lambat habis – saya lajakkan sehingga 30-45 minit selepas azan isyak.

Lambat mula sebab kebanyakan peminatnya termasuk saya sendiri lambat tiba. Kadang-kadang apabila saya awal, yang menunggu kuliah hanya seorang dua, maka ketika itu saya tangguhkan kuliah sehingga 4-5 orang jamaah bersedia bertalaqqi al-Quran bersama-sama.

Kuliah al-Quran @ Austral (1) Kuliah al-Quran @ Austral (2)