Datuk Pg Nohin Pg Rauf

Tarikh : 2 Mac 2015

Seronok apabila melihat ‘orang-orang’ besar dan dihormati sering berada di rumah-rumah Allah. Datuk Pg Nohin yang saya hormati terutama sejak mengenali beliau sebagai pengarah JHEAINS, setahu saya adalah kaki masjid orangnya.

Pernah sekali ketika kenduri di sebuah rumah keluarga besar beliau, Datuk Nohin meminta saya menyemak bacaan doa-doanya, yang bagi saya apabila mendengarnya sangat bagus untaian doa yang beliau hafaz, terdiri daripada doa-doa ma’thur tetapi jarang dibaca oleh para imam dan sesetengah ustaz, bahkan ada rangkap-rangkap yang saya tidak menghafaznya.

Di Masjid as-Sobirin Kg Sipanggil Putatan adalah masjid beliau berjamaah bersama ahli masjid yang lain. Sering mendengar kuliah-kuliah saya khususnya apabila beliau berada di dalam kawasan. Bahkan sesekali menjadi imam solat fardhu di masjid ini. Semoga Allah memberkati kehidupan beliau.