Archive for 8 Mac 2015


Tarikh : 28 Februari 2015

Lokasi : SK Contoh Petagas

Pertama kali hadir dalam mesyuarat agung untuk belajar bergaul sesama guru dan ibu bapa murid sekolah ini. Menariknya kehadiran yang ramai dianggarkan lebih 500 ibu bapa. Sudah tentu di sana ada cerita sebalik tabir yang menyebabkan kehadiran melimpah tersebut.

Sudah ketentuan saya hadir pertama kali dan menanti hingga ke hujung mesyuarat, akhirnya ‘didenda’ dengan pemilihan sebagai salah seorang AJK PIBG bagi sesi kali ini. Suatu jawatan yang tidak diimpikan dan tidak diminta, tetapi mudah-mudahan kami semua dapat menyumbang sesuatu untuk kebaikan sekolah dan anak-anak yang menjadi warga sekolah ini.

PIBG SKC (1) PIBG SKC (2) PIBG SKC (3) PIBG SKC (4) PIBG SKC (5)

Sumber : Web JHEAINS

Memang benar peringatan Rasulullah SAW bahawa manusia tidak akan pernah merasa puas dengan harta yang dimiliki. Jika dia memiliki satu lembah harta, maka pasti dia menginginkan satu lembah harta lagi. Dan keinginan manusia itu akan hanya terhenti apabila dia meninggal dunia dan dikuburkan.

Buktinya, manusia di akhir zaman ini berlumba-lumba memburu harta sehingga tergamak menghalalkan segala cara bagi mencapai matlamatnya. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya daripada Abu Hurairah RA, katanya, Rasulullah SAW telah bersabda (bermaksud) :

“Akan datang satu zaman seseorang tidak mempedulikan dari mana ia mendapat harta, apakah dari sumber yang halal ataupun yang haram.” (HR anNasai)

Kita sebagai pengguna harus mengetahui hak dan peranan kita bagi membela kebajikan kita sekali gus mengelakkan diri daripada menjadi mangsa segelintir peniaga yang lintah darat. Dan, pada prinsipnya, kita mempunyai tiga hak yang asasi sebagai pengguna.

Pertama, hak untuk membeli barangan atau perkhidmatan yang diingini. Sesiapa pun tidak boleh memaksa kita dalam urusan membeli atau menggunakan perkhidmatan tertentu.

Kedua, hak untuk memilih barangan atau perkhidmatan yang diingini. Maknanya, kuasa memilih barangan atau perkhidmatan yang hendak dibeli terletak sepenuhnya kepada pengguna.

Ketiga, hak untuk memulaukan atau memboikot mana-mana barangan atau perkhidmatan di pasaran selain peniaga atau premis perniagaan. Memboikot adalah antara cara berkesan menghantar mesej yang jelas kepada para pengusaha dan peniaga supaya tidak sewenang-wenang menindas atau menganiaya pengguna.

%d bloggers like this: