Tarikh : 22 Febuari 2015

Lokasi : Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Satu ketika pada awal masjid ini beroperasi, saya pernah bertugas di sini. Tidak lama, hanya 6 bulan sahaja. Di sini saya melihat komitmen hebat daripada beberapa tokoh agar masjid ini mendapat sambutan masyarakat. Maklumlah ia masjid baru yang besar pula, berada di antara kampung dan bandaraya Kota Kinabalu.

MBR ini di peringkat awal lagi mengadakan pelbagai kemudahan dengan target bukan sekadar tempat melaksanakan ibadah khusus sahaja, bahkan menjadi pusat sehenti atau one stop centre. Kini ia terus berkembang, berinovasi dan dinamik dengan pelbagai program berskala besar dan kecil, semoga ia terus makmur insya Allah.

15 Tahun MBR (1) 15 Tahun MBR (2) 15 Tahun MBR (3)