Archive for 22 Februari 2015


BERZIARAH KE RUMAH KAK SHIDA

Tarikh : 15 Febuari 2015

Lokasi : Kg Likas Kota Kinabalu

Pemergian Allahyarham Ustaz Haji Nahar 3 tahun lalu bagaimanapun tetap tidak memutuskan ukhuwah dengan keluarga yang ditinggalkan. Ahli-ahli usrah sesekali berjumpa dan berukhuwah ke rumah Kak Shidah atau bertemu di luar. Minggu lepas, kami ahli-ahli usrah bersama keluarga berziarah ke rumah beliau.

Kebetulan Nasraf Ideen pun ada sekali balik, maka lebih sesuai untuk bercerita panjang. Suasana lebih meriah dengan anak-anak para sahabat yang turut serta.

Rumah Kak Shida (1) Rumah Kak Shida (2) Rumah Kak Shida (3)

Tarikh : 17 Febuari 2015

Lokasi : Masjid Kg Muhibbah Petagas

Seorang jamaah Masjid Kg Muhibbah Petagas telah kembali kerahmatullah malam tadi.

Pakcik Goriaman Bin Aman, 75 tahun saya akui sebagai jamaah masjid yang sangat istiqamah solat fardhu berjamaah di masjid dan hadir dalam kuliah-kuliah maghrib. Kehilangan beliau pasti dirasai oleh kami semua.

Semoga Allah mengampuni beliau dan menempatkan di kalangan orang soleh.

Goriaman Aman (1) Goriaman Aman (2) Goriaman Aman (3) Goriaman Aman (4)

 Allahyarham Pakcik Goriman (di tengah) dalam kenangan.

%d bloggers like this: