Archive for 20 Februari 2015


Tarikh : 14 Febuari 2015

Lokasi : Pusat Pendidikan Islam an-Nur, Taman Austral Kepayan

Satu mesyuarat penting dan bersejarah dilakarkan pada malam ini, bagi membincangkan penubuhan Sekolah Menengah Islam (SEMI) Negeri Sabah buat julung kalinya.

Idea bagi penubuhan SEMI ini saya kira sudah lama difikirkan, dan semakin mendesak apabila Sekolah Rendah Islam (SRI) kini sudah mula melangkah hingga ke darjah 6. Sesuatu perlu difikirkan agar lepasan SRI boleh menyambung ke sekolah menengah yang sealiran dan sejenis seperti SRI juga.

SRI al-Hafidz di Bandar Sierra sudah ada tahun enam, sementara di SRI al-Hafidz Tuaran dan Pusat Pendidikan Islam an-Nur Taman Austral ini sudah melangkah ke darjah lima. Sambutan untuk ke SRI semakin menggalakkan sehingga pihak sekolah terpaksa mengadakan temuduga. Tidak dinafikan bahawa kefahaman ibu bapa tentang pendidikan Islam  terhadap anak-anak semakin meningkat.

Sasaran JK Penubuhan ialah untuk mengadakan SEMI pada awal tahun 2016 dengan lokasi sasaran di sekitar pantai barat Sabah. Pada peringkat awal, bangunan sementara bersifat sewa diperlukan bagi beberapa tahun dan dalam masa yang sama seluruh JK mencari tanah untuk didirikan bangunan kekal.

Pencarian tenaga pengajar juga akan dimulakan dalam masa terdekat, juga pelancaran dana awal juga dibuat sepanjang masa. Idea-idea serta sumbang saran diperlukan daripada pelbagai pihak bagi menjayakan SEMI ini.

SEMI (1) SEMI (2) SEMI (3) SEMI (4) SEMI (5) SEMI (6)

Tarikh : 14 Febuari 2015

Lokasi : Kg Meruntum Putatan

Kenduri (1) Kenduri (2) Kenduri (3) Kenduri (5)

%d bloggers like this: