Archive for 16 Februari 2015


Sumber : Web JAKIM

Keamanan adalah satu perkara yang sangat penting di dalam kehidupan manusia samada di peringkat individu atau masyarakat demi kebaikan umat sejagat. Dalam sejarah ketamadunan manusia sendiri telah menunjukkan betapa nikmat keamanan memberi kesan untuk kemakmuran dunia.

Keamanan bererti kita bebas dari bahaya, bebas daripada kejahatan, kecelakaan, dan lain-lain. Ini termasuk keamanan dalam aspek kenegaraan, kekeluargaan, sosio ekonomi dan sebagainya. Keamanan membawa banyak kebaikan dan rezeki kepada manusia serta negara. Manakala perpecahan membawa kemelaratan dan kesengsaraan. Firman Allah SWT dalam surah al-Nahl ayat 112:

Maksudnya:Dan Allah memberikan satu misalan; Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, tetapi penduduknya kufurkan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka telah lakukan.

Justeru, Islam menolak keras bentuk gerakan pelampau yang menggunakan kekerasan, pembunuhan dan peperangan untuk menggugat keamanan negara. Soal ancaman gerakan pelampau ini perlu diambil perhatian oleh semua pihak kerana ia membabitkan masalah keselamatan rakyat. Sekiranya perkara ini tidak dipenuhi, maka akan jatuh sesebuah bangsa dan huru hara negara.

Persoalan besar timbul ialah kenapa masih terdapat gerakan pelampau yang boleh menggugat keamanan ini? Berdasarkan kepada pemerhatian, ianya ada kaitan dengan salah tafsiran hakikat dan pengertian jihad itu sendiri.

Mereka memahami dengan maksud yang melampau sebagimana yang dinyatakan oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya Fiqh Jihad yang telah membahagikan kepada tiga golongan mereka yang melihat isu jihad ini, antaranya golongan yang mengistiharkan perang terhadap dunia, beliau berkata :

Sesungguhnya pemikiran yang sebegini mempunyai pengaruh yang buruk terutama bagi para pemuda yang mempunyai niat yang ikhlas, dengan itu mereka mengangkat senjata kepada bangsa dan keluarga sendiri sehingga mereka terbunuh. Mereka menganggap bangsa dan keluarga mereka sebagai kelompok orang kafir yang harus diperangi kerana murtad dari Islam. Golongan fanatik ini terus melemparkan tuduhan kafir terhadap orang yang bercanggah pendapat dengan mereka sehingga golongan ulama’ turut dikafirkan. Mereka tidak peduli dengan golongan tidak berdosa yang membunuh sehingga Islam dilebelkan sebagai agama kekerasan.

Pemahaman sebegini adalah tidak begitu tepat kerana skop dan pengertian jihad itu amat luas, bukan hanya berjuang di medan perang, akan tetapi lebih daripada itu. Di dalam kitab al-fiqh al-Manhaji ala Madzhab al-Imam asy-Syafi`i. bahawa maksud jihad itu berusaha gigih untuk menegakkan sebuah masyarakat Islam dan meletakkan kalimah Allah di tempat yang tertinggi, seterusnya membawa syariat Allah untuk memimpin alam.

Dengan ini secara keseluruhan bererti umat Islam itu perlulah mencurahkan tenaga dan usaha bagi membuang segala kebatilan bermula dengan membuang kejahatan dalam diri  dengan menolak godaan syaitan. Begitu juga di dalam kitab Riyadhus Solihin karangan Imam al-Nawawi memperincikan tentang hakikat jihad dengan menyatakan bahawa jihad yang paling utama bagi umat Islam ialah menentang hawa nafsu sendiri.

Tarikh : 10 Febuari 2015

Lokasi : Dewan Datuk Asmali Bachi, Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Sabah (1) Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Sabah (2) Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Sabah (3) Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Sabah (4) Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Sabah (5) Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Sabah (6) Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Sabah (7) Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Sabah (8)

%d bloggers like this: