Archive for 12 Februari 2015


Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33811-dia-amat-berhati-hati-dengan-pen-mahal

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

Alkisah Pen

Saya mengenali seorang sahabat yang selalu mengadu pennya selalu salah letak dan hilang. Oleh kerana itu, sahabat saya ini hanya menggunakan pen yang murah supaya dia tidak merasa sakit hati dan bimbang bila pennya hilang. Dia bimbang pada sikap cuainya.

Saya mencadangkan sahabat saya untuk membeli pen yang mahal dan melihat apakah pen tersebut akan hilang. Dia bersetuju lalu membeli satu pen yang agak mahal. Selepas 6 bulan, saya bertanya pada dia apakah pennya masih selalu disalah letak dan hilang?

Dia berkata dia amat berhati-hati dengan pen mahalnya, dan dia terkejut pada perubahan yang dialaminya. Saya menerangkan padanya nilai pen itulah yang menyebabkan dia berubah. Sebenarnya tiada sebarang masalah pada sikap dia.

Wahai anakku,

Itulah yang berlaku pada hidup kamu sepanjang masa. Kamu akan berhati-hati dengan benda-benda yang kamu rasa bernilai. Jika kamu berasa kesihatan kamu bernilai, kamu akan berhati-hati dengan apa dan cara yang dibawa ke perut kamu.

Jika kamu rasa persahabatan kamu bernilai, kamu akan melayan sahabat dan kawanmu dengan penuh hormat. Jika kamu sayang pada wang kamu, kamu akan menggunakannya dengan cermat. Jika kamu mencintai masa, nescaya kamu tidak akan membazirkannya. Jika kamu menghargai hubunganmu, kamu pasti tidak akan melakukan perkara yang merosakkannya.

Wahai anakku,

Cuai ialah sikap yang ada pada semua manusia. Semua manusia juga tahu bila untuk berhati-hati. Cuai akan datang pada perkara yang kita berasa tidak bernilai. Hiduplah dengan berhati-hati kerana ini menandakan kamu sayang pada masa dan nyawa yang diberi Allah sebelum kembali berjumpa dengan-Nya. Senyum.

Tarikh : 6 Febuari 2015

Lokasi : Kg Meruntum Putatan

Telah kembali kerahmatullah ibu mertua saya pada 5 Febuari 2015, khamis malam jumaat di rumah kira-kira jam 11.50 malam dalam usia 61 tahun. Ketika itu yang ada di rumah ialah ayah mertua Bongsu Marshid dan abang ipar (anak sulung) Ag Suhaizam.

Almarhumah disolatkan di Masjid Kg Meruntum selepas solat fardhu jumaat diimamkan oleh Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim dan selamat selesai dikebumikan sekitar jam 2 petang di Taman Perkuburan Kg Meruntum/Lembising.

Terima kasih kepada semua ahli keluarga, sanak saudara, penduduk kampung, sahabat handai serta kenalan keluarga yang membantu memudahkan urusan pengendalian janazah. Mohon doanya, agar ruh almarhumah diletakkan bersama arwah orang-orang soleh.

Almarhumah Hamidah Dewa (1) Almarhumah Hamidah Dewa (2) Almarhumah Hamidah Dewa (3) Almarhumah Hamidah Dewa (4) Almarhumah Hamidah Dewa (5) Almarhumah Hamidah Dewa (6) Almarhumah Hamidah Dewa (7) Almarhumah Hamidah Dewa (8) Almarhumah Hamidah Dewa (9) Almarhumah Hamidah Dewa (10) Almarhumah Hamidah Dewa (11) Almarhumah Hamidah Dewa (12) Almarhumah Hamidah Dewa (13) Almarhumah Hamidah Dewa (14) Almarhumah Hamidah Dewa (15) Almarhumah Hamidah Dewa (16) Almarhumah Hamidah Dewa (17)

%d bloggers like this: