Archive for Januari, 2015


Tarikh : 18 Januari 2015

Lokasi : Kg Tibaw Kalabakan

Satu pertemuan yang menarik dalam permusafiran kami dari Tawau menuju ke Kota Kinabalu. Hampir jam 3 petang kami meninggalkan bandar Tawau dengan konvoi 5 buah kenderaan yang berjalan serentak. Sebelum kami ada lagi sebuah van yang bertolak lebih awal dan sebuah kenderaan lagi tertinggal di belakang.

Sekitar jam 5.30 petang kami melimpasi hutan dara Maliau Basin yang terkenal itu. Selepas 10 minit dari simpang Maliau Basin, kami berehat seketika di sebuah kedai makan yang bernama ‘Baru Jumpa’, yang terletak hanya di tepi jalan yang sunyi.

Pemilik kedai ini bernama Encik Sunario bin Sugidin, berasal dari Kg Jawa Tawau sementara isterinya Puan Rosleha Mohd Salleh berasal dari Kg Sembulan Lama. Kedai makan mereka di tapak ini sudah berusia 7 tahun dan sebelum ini tapak niaga mereka di lokasi berbeza tidak jauh dari sini sudah 18 tahun.

Dalam sembang kami, beliau menyuarakan hasrat untuk mendirikan sebuah bangunan surau di tapak bersebelahan kedai ini. Encik Sunario menunjukkan kepada kami tapak tersebut dan kami menyokong penuh usaha ini, memandangkan ia mula menjadi laluan penting Kota Kinabalu-Keningau-Kalabakan-Tawau yang lebih singkat berbanding Kota Kinabalu-Ranau-Sandakan-Tawau.

Selain itu, sepanjang laluan sunyi ini tiada langsung surau atau masjid melainkan di Pensiangan yang masih jauh, sementara untuk ke Keningau jaraknya lebih 100km dari sini. Sementara bangunan surau belum ada, Encik Sunario ada menyediakan bilik surau kecil untuk solat di premis kedai mereka.

Kami berpendapat usaha mendirikan surau mesti disokong dan didukung oleh seluruh umat Islam bagi memudahkan ahli musafir. Hanya menurut Encik Sunario tanah tersebut masih di bawah kuasa Jabatan Perhutanan. Mudah-mudahan ada pihak yang membantu memudahkan urusan ini.

Saya nyatakan kepada Encik Sunario, apabila urusan kebenaran mendirikan surau diperolehi, kami sedia membantu mencarikan dana dari pelbagai pihak seterusnya proses pembinaan nanti. Semoga sinar Islam bakal bersinar di tengah hutan Jalan Kalabakan-Maliau Basin ini suatu hari nanti.

Kedai Baru Jumpa (1) Kedai Baru Jumpa (2) Kedai Baru Jumpa (3) Kedai Baru Jumpa (4) Kedai Baru Jumpa (5) Kedai Baru Jumpa (6) Kedai Baru Jumpa (7) Kedai Baru Jumpa (8) Kedai Baru Jumpa (9) Kedai Baru Jumpa (10) Kedai Baru Jumpa (11) Kedai Baru Jumpa (12)

Tarikh : 17 Januari 2015

Lokasi : Hotel De Choice, Tawau

Pembentang : YB Ustaz Nik Mohamad Abduh, Ustaz Dr Riduan Mohd Nor, Ustazah Nuridah Salleh, Dr Rosni Adam, YB Dr Khairuddin Aman Razali.

NEKAD 5.0 Tawau (1) NEKAD 5.0 Tawau (2) NEKAD 5.0 Tawau (3) NEKAD 5.0 Tawau (4) NEKAD 5.0 Tawau (5) NEKAD 5.0 Tawau (6)

Sumber : Web JHEAINS

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)”. (Surah Al-Hujuraat, ayat 13)

Gempa, banjir, ribut, hujan lebat dan sebagainya adalah antara musibah dan bala’ bencana yang didatangkan oleh Allah SWT untuk menguji serta mengingatkan manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Alif Laam Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman’, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan). Dan demi sesungguhnya! Kami (Allah) telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta”. (Surah Al-Ankabut, ayat 1-3)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya besarnya ganjaran (pahala) bersamaan dengan besarnya ujian (bala’). Sesungguhnya apabila Allah mengasihi sesuatu kaum, Dia menurunkan ujian (bala’). Maka sesiapa yang redha maka dia mendapat keredhaan (Allah) dan sesiapa yang marah maka dia mendapat kemurkaan (Allah)”. (HR Imam At-Tirmizi)

Dalam kesusahan dan kesukaran itu ada bersamanya kesenangan dan kemudahan yang dijanjikan oleh Allah SWT, sebagaimana firman-Nya di dalam Al Quran yang bermaksud :

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan), bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”. (Surah Al-Insyiraah, ayat 5-6)

Musibah atau bala’ bencana yang menimpa itu, sebenarnya berlakunya juga dengan kehendak serta izin Allah SWT, sebagaimana firman Allah SWT lagi yang bermaksud :

“Tidak ada kesusahan (atau bala’ bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kamu kepada Rasulullah, maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk), kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata”. (Surah At-Taghaabun, ayat 11-12)

Antara hikmah kenapa berlakunya bala’ bencana itu, ialah untuk menghapuskan dosa-dosa yang telah kita lakukan, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Tidaklah sesuatu menimpa seorang daripada kelemahan, wabak, kebingungan, kesedihan, sakit dan kesusahan sehinggalah kepada duri yang menusuk, melainkan Allah menghapuskan dengan (semua itu) dosa kesalahannya”. (HR Imam Al-Bukhari)

Tarikh : 23 Januari 2015

Lokasi : Medan Ilmu Kota Bharu Kelantan

Pengkuliah :

1) Ustaz Ahmad Fadhli Shaari

2) YB Ustaz Ahmad Marzuk Shaary

 

Tarikh : 15 Januari 2015

Lokasi : Surau Taqwa, RTM Jalan Lintas Kota Kinabalu

Alhamdulillah, Surau Taqwa yang sudah mula beroperasi beberapa bulan lepas nampaknya semakin aktif dengan aktiviti pengimarahan. Surau ini juga mengadakan solat fardu jumaat dan agak sesak dengan jamaah yang bekerja di bangunan kementerian ini dan juga yang tinggal di perumahan sekitar sini.

Forum Khas ini mendapat sokongan dengan kehadiran ramai jamaah dan siaran langsung melalui Sabah FM. Forum malam itu dibarisi oleh Ustaz Hj Muchlish Ali Kasim, Ustaz Rafihi Wasihim, Ustaz Abdul Manap Lakariba dan Ustaz Mohd Jumat Abdul Razak.

Forum Surau Taqwa (1) Forum Surau Taqwa (2) Forum Surau Taqwa (3) Forum Surau Taqwa (4)

Forum Surau Taqwa (5)

Tarikh : 16 Januari 2015 Lokasi : Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Sebahagian proses untuk belajar memilih pemimpin dan berorganisasi. Selamat berkhidmat kepada seluruh pimpinan yang terpilih.

undi1 undi2 undi3 undi4 undi5undi6

Tarikh : 15 Januari 2015

Lokasi : Semester 4 Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Saya yakin para alumni Maahad Qiraat al-Azhar Shoubra Kaherah mengenali baik dengan Sheikh Muhammad Abdun Nabi yang sangat rapat dengan pelajar Malaysia. Seperti ramai yang lain, saya turut bertalaqqi dengan beliau melalui riwayat Hafs ‘an ‘Asim, juga pernah talaqqi riwayat Warsyh ‘an Nafi’ walaupun tidak sempat khatam.

Masa itu tahun 2000.

Walaupun wajah guru kami ini tidak pernah dilupai kerana ilmu yang turun ke dalam diri kami, perhubungan terputus kerana mungkin kesibukan masing-masing. Hanya pernah berkirim dan berbalas salam dengan beliau melalui para pelajar kami yang menyambung pengajian ke sana pula beberapa kali selepas itu.

Kini tahun 2015. Apabila dunia media sosial semakin rancak, saya mengutus pesan kepada pelajar yang sudah menyambung pengajian di sana untuk mendapatkan nombor telefon pintar Sheikh Muhammad. Alhamdulillah, pelajar kami membantu dan ukhuwah kami kembali bertaut.

Di maahad, untuk sesi ini saya diamanahkan untuk mengajar subjek qiraat amali semester 3. Sangat menyedari kelemahan yang ada, saya memanfaatkan aplikasi whatsapp untuk bertanya kemusykilan kepada Sheikh Muhammad secara langsung dan beliau tidak menghampakan bahkan mengalu-alukan. Hanya soalan saya biasanya diajukan kepadanya ketika kelas berlangsung antara 10 pagi hingga 12 tengahari sedang di Kaherah baru jam 4-5 pagi.

Foto ini saya kirim kepada beliau lewat whatsapp, pelajar-pelajar semester 4 yang saya ajar..

Sem4 (1) Sem4 (2) Sem4 (3)

Tarikh : 14 & 15 Januari 2015

Lokasi : Pusat Pendidikan Islam an-Nur, Taman Austral

KTHM M83 (1) KTHM M83 (2) KTHM M83 (3) KTHM M83 (4) KTHM M83 (5) KTHM M83 (6) KTHM M83 (7)

seni4

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/33414-artis-berhijrah-dan-manfaat-buat-gerakan-islam

DR RIDUAN MOHAMAD NOR | 22 Januari 2015.

JIKA Indonesia terpanar dengan kesan “gelombang hijau” akibat penghijrahan artis, seniman dan budayawan papan carta utama seperti Deddy Mizwar, Opick dan puluhan nama besar yang lain, negara kita juga mengalami ombak seni yang sama sekitar lima tahun ini. Kelompok seniman yang mencari jalan hidup bertuhan telah menjadi fenomena besar tanahair sehingga menimbulkan kegusaran pihak berkuasa apabila anak seni ini memilih untuk bersama gerakan Islam.

Nama besar bidang seni seperti Azmil Mustapha, Bob Lokman, Pierre Andre, Abby Abadi, Zuar XPDC, Ali XPDC, Zulkifli M. Osman, Sham kamikaze dan ratusan yang lain seolah membentuk satu gelombang besar yang memercik kesannya pada masyarakat. Mereka hadir dalam majlis forum, talkshow, sembang santai, misi kebajikan, misi dakwah jalanan, juga menghadiri usrah dan memeriahkan panggung dakwah tanah air.

Artis merupakan komponen penting masyarakat Malaysia yang telah dibudayakan dengan budaya hiburan yang menggila, daripada kanak-kanak kecil hinggalah warga emas hiburan merupakan santapan penting kehidupan di negara ini. Hiburan dijadikan senjata yang ampuh oleh kerajaan BN untuk meredakan kemarahan dan keresahan rakyat dengan pelbagai penyelewengan, skandal dan salah urus pentadbiran. Rakyat menjadi buta tuli dengan isu kerana disuap dengan aneka hiburan murahan malah artis diangkat menjadi ikon utama negara diberikan tempat yang mulia berbanding golongan cendekiawan negara ini.

Memandangkan artis merupakan kelompok elit dalam strata baru masyarakat, maka menjadi kewajaran kepada gerakan Islam mendekati kelompok ini kerana kesan kepada masyrakat adalah sangat besar. Parti Islam Indonesia PKS (Partai Keadilan Sejahtera) sebagai sebuah contoh gerakan Islam yang telah berjaya memanfaatkan fenomena seni di negara tersebut.

Mereka mempunyai halaqah-halaqah yang dipimpin oleh kader-kader dakwah PKS untuk mengadakan konsert-konsert alternatif terutama untuk menyalurkan bakat artis-artis yang telah kembali ke pangkuan hidayah Islam. Kesannya PKS menjadi parti yang dekat dengan golongan anak muda dan remaja, serta dilihat tidak anti sosial dan yang lebih penting mesej kepada masyarakat bahawa Islam tidak menolak hiburan yang tidak bercanggah dengan syarak.

Para amilin gerakan Islam sangat mengimpikan untuk membentuk artis-artis yang berjiwa Islam untuk sama-sama berada dalam wadah perjuangan PAS, terutama melalui bimbingan majlis-majlis ilmu, kita harus akur bahawa kelompok ini mempunyai peminat masing-masing yang sudah tentu jika dapat ditarik ke dalam perjuangan, akan memberikan kelebihan kepada PAS.

Teman-teman kita PKS di Indonesia telah lama berjaya mendekati golongan artis dan memanfaatkan golongan seniman ini untuk kepentingan dakwah bahkan telah berjaya meneroka budaya popular dengan baik seperti menghasilkan filem-filem dakwah, novel-novel Islami, teater dan menganjurkan konsert-konsert alternatif kepada golongan muda di negara itu.

Para amilin gerakan Islam sehingga sekarang menanti filem-filem ‘gaya kita’, menurut kebenaran yang kita perjuangkan seperti mengenai tokoh-tokoh ulama seperti Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Tuan Guru Haji Hassan Munas (Tok Janggut), wajar rasanya dengan beberapa buah kerajaan negeri yang kita kuasai dapat mengeluarkan bajet untuk menghasilkan filem-filem sejarah besar ini, apatah lagi dengan sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu hari ini cuba untuk memencilkan peranan para ulama.

Seingat saya kerajaan Libya yang dipimpin oleh Muammar Ghadaffi telah mengeluarkan puluhan juta dollar US untuk menghasilkan filem sejarah tokoh ulamanya yang tersohor Umar Mukhtar-Lion of the Desert, filem sejarah perjuangan kemerdekaan ini telah ditonton oleh jutaan khalayak di seluruh dunia dan berjaya mengangkat martabat ulama Libya ini yang akhirnya terkulai di tali gantung. Filem ini merakamkan dengan baik sikap patriotisme umat Islam dalam menentang penjajah Itali.

Mendekati seni dan budaya mestilah juga menjadi agenda Jemaah Islam hari ini kerana kelompok ini sangat besar dan berpengaruh kepada masyarakat. Sekurangnya gerakan Islam dilihat tidak memusuhi ruang budaya dan seni kerana ruang ini juga harus diisi dengan pendakwahan terhadap masyarakat.

Kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat juga wajib dilihat mesra anak seni yang berhijrah, menawarkan peluang pekerjaan yang sesuai, juga mengeluarkan bajet untuk seni dan hiburan alternatif berkembang bagi menggantikan hiburan bersadur “sensate culture” yang dibajai oleh regim BN selama ini.

Ramai juga kalangan anak seni yang berhijrah ini akhirnya kembali ke dalam industri dan menanggalkan pakaian hijrah mereka, ini berkemungkinan dengan faktor desakan ekonomi dan juga kegagalan gerakan Islam, malah kerajaan PR untuk menyediakan ruang untuk mereka.

Rasanya belum terlambat untuk gerakan Islam , kerajaan negeri milik PR memanfaatkan kelompok seniman ini untuk  jangka panjang perjuangan, meluaskan dimensi hiburan bernuansa Islami sekaligus mampu mengekang kebejatan moral masyarakat yang semakin merudum.

HARAKAHDAILY 22/1/2015

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Timbalan Pengerusi Lujnah Dakwah Pusat)

Tarikh : 13 Januari 2015

Lokasi : PASTI Raihan, Taman Petagas

Hari-hari awal Ubay dan Aina di PASTI Raihan. Ubay pada tahun sebelum ni sudah dibiasakan datang ke PASTI bersama kakak-kakaknya yang lain. Harap-harapnya Ubay boleh membiasakan diri dan tidak buat hal. Ubay masuk PASTI untuk umur 4 tahun dan Aina’ untuk tahun terakhir.

Ubay (1) Ubay (2)

%d bloggers like this: