Archive for 14 Januari 2015


Tarikh : 10 Januari 2015

Lokasi : Masjid Tok Guru, Pulau Melaka

Singgah di masjid ini sentiasa memberikan pengalaman baru dan suasananya begitu menenangkan. Kami tiba sebelum jam 5.30 pagi lagi bersama sahabat-sahabat di sini. Solat subuh diimamkan oleh salah seorang anak TGNA dan TGNA dikhabarkan agak uzur dan tidak keluar rumah. Urusan mengimamkan solat dan mentahnik bayi yang datang setiap subuh ke masjid ini sudah mula diambil alih oleh anak-anak TGNA.

Kami sempat bertemu dengan YB Ustaz Nik Mohamad Abduh dan YB Dr Ahmad Yunus EXCO Selangor yang kebetulan juga berada di Kota Bharu untuk misi bantuan banjir juga.

Masjid Tok Guru (1) Masjid Tok Guru (2) Masjid Tok Guru (3) Masjid Tok Guru (4) Masjid Tok Guru (5) Masjid Tok Guru (6) Masjid Tok Guru (7) Masjid Tok Guru (8) Masjid Tok Guru (9) Masjid Tok Guru (10) Masjid Tok Guru (11) Masjid Tok Guru (12) Masjid Tok Guru (13) Masjid Tok Guru (14)

Tarikh : 9 Januari 2015

Lokasi : Restoran Arab Tarbush, Kota Bharu Kelantan

Misi utama di sini ialah untuk menyampaikan sumbang bagi pihak Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah kepada Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan sebanyak RM1 ribu sahaja. Sumbangan sempena musibah banjir ini diterima oleh YB Ustaz Dato Hassan Mohamod.

Semoga Allah SWT membalas jasa para penyumbang dengan rezeki yang mencurah-curah, serta memberikan kesabaran kepada ahli musibah.

DUPN Kelantan (1) DUPN Kelantan (2)

%d bloggers like this: