Archive for 6 Januari 2015


Tarikh : 4 Januari 2015

Lokasi : Tamu Jalan Gaya

Kita bersaudara atas dua dasar. Pertama kerana ukhuwah Islam, dan kedua kerana kemanusiaan walaupun berlainan agama, apatah lagi jika ditimpa penderitaan. Kita diuji dengan kesenangan dan kesusahan, yang senang diuji sama ada bersyukur atau sebaliknya, dan yang susah diuji sama ada bersabar atau tidak.

Tabung kemanusiaan atau rayuan banjir adalah tanda persaudaraan dan solidariti kepada mangsa daripada kita punya sedikit kelebihan. Semoga ia menjadi satu amal soleh yang dikira oleh Allah SWT. Terima kasih kepada semua penyumbang yang baik hati.

Derma @ Gaya (1) Derma @ Gaya (3) Derma @ Gaya (4) Derma @ Gaya (5) Derma @ Gaya (6)

Tarikh : 3 Januari 2015

Lokasi : Masjid Jamek Kg Ulu Putatan

Alhamdulillah, buat pertama kali dapat mengisi ceramah di sini, membawa topik sempena bulan kelahiran Rasululllah SAW. Walaupun masanya hanya antara maghrib-isyak, kira berbaloi kerana ini kesempatan julung-julung kali. Terima kasih atas undangan pihak masjid khususnya tuan setiausaha JK Masjid Tuan Harun Kamaruddin.

Mawlid @ Masjid Kg Ulu Putatan (1) Mawlid @ Masjid Kg Ulu Putatan (2)

%d bloggers like this: