Archive for Disember, 2014


ABDUL HADI, 8 TAHUN

Tarikh : 25 Disember 2014

Semakin membesar umur dan badannya. Semakin pandai mengatur diri dan kehidupannya. Semoga membesar sebagai anak soleh.

Abd Hadi 8thn (1) Abd Hadi 8thn (2) Abd Hadi 8thn (3) Abd Hadi 8thn (4)

Tarikh : 21 Disember 2014

Tarikh ini baru balik dari KL. Sampai di KKIA, dijemput oleh pelajar saya dan terus ke 2 jemputan kenduri kahwin. Sebelah malam pula ada undangan kenduri kesyukuran di Kg Likas. Bertemu ramai orang dan kenalan, tapi saya sempat bergambar dengan 2 orang ini.

1. Ustaz Mohd Fuad Ahmad, senior kami ketika di SMUI Toh Puan Hajjah Rahmah dahulu. Seterusnya beliau menyambung pengajian ke KUSZA kalau tidak salah. Saya teringat ketika kami menyambung pengajian di Maahad Tahfiz Negeri di Masjid Negeri, Ustaz Fuad pernah mengadakan latihan industri (LI) beberapa bulan.

2. Dr Yasir Ismail, juga senior dan guru kami semasa di SMUI Toh Puan Hajjah Rahmah. Seorang yang dikhabarkan kepada kami sebagai pelajar cerdik ketika beliau melanjutkan pengajian di Universiti Islam Madinah. Kini sudah memegang gelar doktor Phd dan berkhidmat sebagai pensyarah bahasa Arab di UIAM.

3. Datuk Matusin Ag Damit, tokoh dakwah dan pendidikan di Negeri Sabah. Orang Sipitang yang pernah menjadi pengerusi MUIS beberapa tahun lepas. Juga orang penting dalam Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) sehingga kini di bawah pimpinan Tun Sakaran Dandai. Semoga saya dapat menemuramah beliau dalam tempoh terdekat dalam misi mengumpul data pendakwah negeri Sabah.

Ust Fuad Dr Yasir Ismail Datuk Matusin Ag Damit

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/32861-mengapa-islam-menyertai-demokrasi

IZWAN ABDUL HALIM | 24 Disember 2014.

PENCATUR politik dunia menyedari betapa kesatuan Islam adalah kekuatan ampuh yang tidak mampu ditandingi oleh kuasa-kuasa Barat. Bahkan, jika digembleng seluruh angkatan ketenteraan dan persenjataan dunia untuk menentang, mereka yakin Islam tetap tidak mampu dikalahkan. Kerana, Islam menguat sebagai akidah dan denyut nadi yang hidup pada roh dan jasad setiap individu mukmin. Malah, Islam menjadi lebih teguh perkasa hasil penyatuan di dalam masyarakat dan negara.

Namun, kealpaan umat Islam mengejar dunia melebihi matlamat akhirat telah membuka ruang musuh-musuh Islam menyucuk jarum dan menanam benih idealogi dan teori mereka ke dalam diri, masyarakat atau negara umat Islam. Kekuatan Islam dirobek secara halus dengan memasukkan pelbagai virus tersebut kepada sendi-sendi akidah, akhlak dan syariat Islam yang disimpulkan atas doktrin sekularisme.

Kesatuan umat Islam dipisahkan dari kekhalifahan Islamiyah dengan pecahan sempadan negara serta ditiup semangat nasionalisme, selain menggantikan syariah Islam dengan perundangan sivil. Sedangkan Islam sepanjang hampir 1,300 tahun Islam memerintah sebahagian besar muka bumi, telah menyatukan dan menegak keadilan untuk pelbagai bangsa.

Agenda Menyekat Kebangkitan Islam

Kuasa Barat sebenarnya menjadi proksi kepada agenda Yahudi dan Nasrani untuk menyekat dan menghapuskan kebangkitan semula kekhalifahan Islam yang ditumbangkan pada tahun 1924. Setelah satu era penjajahan yang merakusi hak-hak tanah air dan melakukan penindasan ke atas umat Islam, mereka mewariskan demokrasi sebagai amalan untuk dilaksanakan.

Walaupun kelihatan lunak dan mendekati nilai kemanusiaan, tetapi hakikatnya demokrasi mensebati segala tujuan ke arah menyekat Islamisme. Malangnya, seluruh dunia termasuk umat Islam terpedaya hingga akhirnya menganut demokrasi sebagai fahaman dan amalan.

Pun begitu, belum sempat gerakan Yahudi dan Nasrani bergembira dan menguasai dunia, mereka dikejutkan dengan keupayaan Gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia menguasai persaingan di pentas demokrasi. Gerakan Islam yang sebelumnya dipalit dengan pelbagai tuduhan jumud dan ekstrem, tiba-tiba tampil menguasai massa dan memenangi pilihan raya.

Hal tersebut menjadi tekanan kepada Barat yang kemudian melakukan pelbagai kekerasan terhadap ulama dan aktivis Gerakan Islam melalui proksi-proksi mereka. Malah, dicipta pelbagai propaganda seperti tragedi 9/11 WTC New York dengan menyemarakkan Islamophobia. Kempen ketenteraan juga dipergiatkan berhampiran negara-negara yang Gerakan Islam berjaya mencapai kejayaan di situ.

Sejak itu juga Barat menyedari usaha mereka ‘mensangkarkan’ umat Islam dan menyeru kempen kepada masyarakat dunia untuk memulaukan Islam telah gagal. Mereka bersetuju bahawa umat Islam mesti dikuasai kecenderungan Islamnya. Maka diciptanya Islam dalam pelbagai versi dan aliran selain mewujudkan pertembungan sesama umat Islam itu sendiri dalam segenap lapangan sudut. Diwujudnya dua aliran besar ‘tajaan’ Barat untuk cuba menarik dokongan umat Islam dengan mengembangkan fahaman yang akan ‘melarikan’ umat Islam dari pembawaan pengaruh Gerakan Islam.

Melagakan Sesama Islam

Pertama ialah golongan yang menegakkan fahaman pembentukan Khalifah Islamiyah tanpa demokrasi. Wacana golongan ini sehingga bersetuju untuk mengangkat persenjataan memerangi semua manusia yang tidak menerima seruan Islam. Golongan melampau ini telah menimbulkan fitnah besar kepada Gerakan Islam dan menuduh penyertaan ke medan demokrasi sebagai tidak syarie serta menjebak kepada sistem ciptaan kufar.

Manakala satu lagi adalah golongan yang mengembangkan fahaman penampilan demokrat tanpa syariat iaitulah hasrat menegakkan pemerintahan Islam secara imej atau nilai tertentu semata-mata. Kesannya, Islam hanya wujud pada rupa tanpa tertegak dengan sebenar akidah, akhlak dan syariat Islam.

Ini tidak termasuk menaja kumpulan-kumpulan yang menjadi fenomena semasa dengan dijadikan kesempatan untuk mengalih tumpuan umat Islam terhadap fokus sebenar mereka kepada usaha mengembalikan Islam sebagai ad-din.

Kebijaksanaan Gerakan Islam

Islam telahpun sempurna di mana kesempurnaannya itu dijamin oleh Allah SWT dan ia tidak perlu ditampung dan ditokok tambah oleh sebarang tampalan termasuk demokrasi. Tetapi situasi massa hari ini telah mencalar, mencedera dan merosakkan Islam hingga umat gagal melihat kesempurnaan Islam dengan sebenarnya.

Maka, Gerakan Islam di seluruh dunia termasuk PAS di Malaysia terlibat di arena demokrasi bukanlah atas keimanan atau keyakinan hakiki bahawa demokrasi adalah jalan akhir untuk menegakkan kedaulatan Islam. Tetapi ia adalah alat, kesempatan dan ruang sementara yang mesti dimanfaatkan sesuai dengan tahap akal; yakni penerimaan umat dunia pada zaman ini. Ia adalah usaha tajdid dan islah Gerakan Islam untuk menyentuh dan membuka hati umat manusia dengan dakwah dan tarbiyah hingga akhirnya mereka menerima Islam secara rela.

Begitu juga menghadapi segala penyelewengan, manipulasi dan tipu daya yang sengaja dicipta paksakan ke atas amalan demokrasi, di situlah letaknya kesanggupan jihad dan kebijaksanaan Gerakan Islam untuk menghadapinya.

Keselarian Demokrasi & Islam

Ketua Ulama Dunia, Syeikh Dr Yusof al-Qardhawi pernah menegaskan, walaupun demokrasi adalah doktrin dan membawa nilai-nilai serta pandangan Barat, tetapi umat Islam perlu menyedari bahawa tradisi dan kesarjanaan Islam juga mempertahankan profil yang relatif terbuka dalam penerimaan dari sumbangan peradaban lain. Islam memperakui tradisi lain yang seiring sejalan dengan nilai di dalam Islam itu sendiri.

Beliau sendiri dalam memperkatakan mengenai pilihan raya yang menjadi bahagian utama demokrasi telah meletakkan persamaan amalan itu dengan penyaksian (syahadah) di mana rakyat dengan kebebasan dan haknya memberi pilihan kepada pihak (parti atau calon) yang diyakini kepercayaan dan kelayakannya.

Majoriti ulama haraki turut mensepakati demokrasi sebagai kaedah paling sederhana dan menghampiri tuntutan-tuntutan Islam. Misalnya di sana ada butiran perjuangan demokrasi yang diperakui syarak seperti:

• kebebasan dan hak manusia atau rakyat;
• tanggung jawab, amanah dan kekuasaan pemimpin atau kerajaan;
• kepatuhan dan kedaulatan undang-undang; dan
• penegakan keadilan dan kehakiman

Batas Dan Sempadan

Tetapi ia tidak bermakna Islam itu telah disamakan dengan demokrasi kerana amalan demokrasi moden hari ini hanya diperakui sebagai sebahagian kecil juzuk Islam dan ia tertakluk serta tidak boleh mengatasi atau melepasi sempadan-sempadan tertentu.

Misalnya pada hukum-hakam Islam yang qat’ie, ia tidak boleh sama sekali dimansuhkan atau diabaikan atau hingga berlaku perubahan hukum dari ketetapan Allah SWT walaupun menggunakan kekuasaan majoriti. Kehendak-kehendak suara majoriti tidak boleh menggubal atau mewartakan sebarang ketetapan akidah dan syariat Islam.

Demikian itu bermakna, disebalik menolak pendekatan kekerasan yang dilakukan kumpulan Islam tertentu, keterbukaan dalam soal hak dan keadilan serta kekuasaan majoriti dibatasi agar tidak mengatasi al-Quran dan as-Sunnah. Sebaliknya ia ‘diperalatkan’ sebagai medium untuk mengangkat pelaksanaan kedua-dua sumber hukum tersebut secara proses sistem pengurusan dan pentadbiran.

Memanfaatkan Demokrasi

Jujur menekuni kerangka syarak dan pelbagai cabang fiqh; akan membawa kepada pengakuan bahawa penglibatan di arena demokrasi adalah jihad yang paling sesuai pada terapan realiti dunia dan masyarakat hari ini. Musuh telahpun terlebih dahulu mengangkat senjata menyerah kalah untuk bertembung dengan Islam menggunakan kekuatan tenaga dan persenjataan.

Maka pertarungan secara idealogi dan sistem pada masa ini menuntut keupayaan tinggi menyaingi penyebaran dakyah menjadi dakwah; menghadapi umpanan material dengan pasakan tarbiyah; mencegah ghazwatul fikr dengan penerapan pemahaman Islam; dan menghadapi sistem jahiliyah dengan menegakkan daulah. Hingga akhirnya manusia memilih dan berpegang kepada Islam serta tokoh kepimpinannya. Ia adalah pembukaan kemenangan yang diwariskan Rasulullah.

Di sana menuntut untuk anggota gerakan Islam termasuk ahli PAS di Malaysia merancang pendekatan dan pemugaran Islam kepada semua golongan termasuk mensikapi kemajmukan pelbagai bangsa dan kefahaman. Juga membawakan penyelesaian terhadap banyaknya kebejatan masalah dalam muamalah manusia hingga diakui bahawa Islam adalah penyelesaian dan cara hidup anutan.

HARAKAHDAILY 24/12/2014

Tarikh : 23 Disember 2014

Lokasi : Taman Jumbo Petagas

Memenuhi hajat Puan Nurul Ainna Abd Malek untuk mentahnik dan mencukur rambut bayinya yang baru berusia 7 hari yang diberi nama Nur Dianah Imtinan. Semoga menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada agama Islam.

Tahnik Diyanah (1) Tahnik Diyanah (2) Tahnik Diyanah (3)

PROMOSI : PERMAI D’VALLEY RATAU

Tarikh : 21 Disember 2014

Lokasi : Kg Ratau (Belakang SMK Tebobon)

Sebelum ni saya pernah mempromosi resort ini beberapa tahun lalu. Apabila berkunjung sekali lagi ke sini, saya nampak ada pertambahan bangunan dan kemudahan. Mungkin ia akan terus diperbaiki dan diperindah dari masa ke masa.

Ratau (1) Ratau (2) Ratau (3) Ratau (4) Ratau (5) Ratau (6) Ratau (7) Ratau (8) Ratau (9) Ratau (10) Ratau (11) Ratau (12)

Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar Gombak Kuala Lumpur. Sebarkan kepada mereka yang berkenaan.

KUIZM

SETAHUN BERSAMA DUPP

Tarikh : 20 Disember 2014

Terasa kerdil apabila berada bersama-sama para alim ulamak dalam DUPP.

Sejak kali pertama dilantik setahun yang lalu pada zaman Almarhum Tuan Guru Ustaz Harun Taib dan sempat hadir bermesyuarat sekali bersama beliau, kemudian dipangku oleh Dato’ Ustaz Ahmad Yakob, saya mendapat banyak ilmu daripada seluruh kepimpinan DUPP, persahabatan dan perkenalan daripada banyak pihak.

Sedayanya dengan bantuan kewangan daripada para sahabat, saya hadir dalam semua mesyuarat DUPP, terasa kelu lidah untuk turut bercakap di dalam mesyuarat kerana terasa tidak layak berada di sini. Semoga DUPP terus gagah menjadi sayap penting perjuangan ini.

DUPP (1) DUPP (2)

Tarikh : 19 Disember 2014

Lokasi : Kg Kitana Membakut

Anjuran : Persatuan Pelajar Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Alhamdulillah, gembira saya melihat pelajar-pelajar kami dapat melakukan khidmat sosial di sebuah kampung yang agak terpencil di Membakut ini. Perjalanan menuju kampung ini melalui jalan yang belum berturap selama lebih kurang 20 minit. Mujur juga cuaca agak bagus untuk bergerak masuk dan berprogram di sana.

Di kampung ini ada seorang pelajar kami di semester 4, Fida Farhana Anuar namanya. Fidalah yang menjadi penghubung dan tangan kanan kami di sini. Walaupun cuma 2 hari, saya melihat ukhuwah mula terjalin, mereka menyantuni keluarga-keluarga angkat masing-masing dengan program tahsin solat, tazkirah, penyampaian sumbangan, senamrobik dan lain-lain.

Semoga ini menjadi ilmu dan pengalaman berharga untuk pelajar-pelajar kami.

Kg Kitana Membakut (1) Kg Kitana Membakut (2) Kg Kitana Membakut (3) Kg Kitana Membakut (4) Kg Kitana Membakut (5) Kg Kitana Membakut (6) Kg Kitana Membakut (7) Kg Kitana Membakut (8) Kg Kitana Membakut (9) Kg Kitana Membakut (10) Kg Kitana Membakut (11) Kg Kitana Membakut (12) Kg Kitana Membakut (13) Kg Kitana Membakut (14) Kg Kitana Membakut (15) Kg Kitana Membakut (16) Kg Kitana Membakut (17)

INILAH NIKMAT BERJAMAAH

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/32826-inilah-nikmat-berjamaah

IDRIS AHMAD | 22 Disember 2014.

i.

PAS tetap sabar menerangkan manhaj Islam kepada masyarakat. Suatu ketika dahulu masyarakat menolak fahaman yang mengatakan di dalam Islam ada politik. Yang membawa idea ini, mereka yang mendapat pendidikan agama, menjawat sebagai jawatan imam.

Slogan politik suku, agama suku adalah lumrah di dalam masyarakat. Sehingga timbulnya dua imam khususnya di Terengganu.

Isu dua imam bukan isu PAS atau Umno, tetapi apabila imam mengeluarkan ungkapan yang telah merosakkan akidah, memang wajib tidak boleh berimam kepada orang yang mengeluarkan ucapan yang telah maklum dari segi agama.

ii.

Sebagai manusia biasa sudah pasti ada kurang dan ada kelebihan. Kita tidak akan temui pada batang tubuh seorang itu yang tidak ada kecacatan.

Jika kita hendak mencari manusia yang sempurna dalam segala segi, maka kita tidak akan ditemui sehingga kiamat.

Oleh itu railah kelemahan dan kekurangan sahabat kita dalam jamaah. Janganlah kita menghina dan mencerca sahabat kita yang ada kekurangan. Pandanglah diri kita, mungkin kekuatan yang ada kepada sahabat kita tidak ada kepada kita, walau pun satu sudut yang lain kita memandang beliau mempunyai kelemahan.

Inilah nikmat berjamaah.

iii.

Terasa penat dan jemu jika buat kerja jamaah bukan kerana Allah. Tetapi kita akan mendapat kemanisan dan sentiasa segar untuk membuat kerja jika matlamat untuk mendapat redha Allah SWT.

Inilah motivasi kerja yang tidak akan mati sehingga dirinya menemui ajal untuk mengadap Allah Azzawajalla.

iv.

Sertai PAS bukan kerana marah kepada mana-mana individu parti lawan. Bukan kerana tidak dapat projek. Bukan kerana kalah dalam perebutan jawatan. Bukan kerana masalah peribadi. Bukan kerana hajat tidak kesampaian. Bukan kerana terpengaruh dengan kawan. Bukan kerana hendak berniaga dengan orang PAS. Bukan kerana kagum dengan individu di dalam PAS. Bukan kerana hendak mengisi masa lapang.

Tetapi kita sertai PAS kerana dasar yang hendak diperjuangkan oleh PAS.

v.

Oleh kerana manhaj Islam ini segar dan sesuai di dalam semua keadaan. Walau pun memakan masa yang lama untuk difahami oleh masyarakat.

Mungkin pada peringkat awal ia dianggap dagang oleh masyarakat, akhirnya sistem Islam menjadi alternatif yang terbaik kepada masyarakat setelah kegagalan sistem sekular memberi kebahagiaan kepada manusia.

leher

Ceritanya suatu malam seorang remaja yang membantu seseorang menghadapi masalah kereta di tepi jalan tidak jauh dari rumahnya sendiri. Balik ke rumah, lehernya terasa gatal dan miang, dan keesokannya baru dibawa ke hospital. Pesakit hanya diberikan ubat sapu.

Keadaan semakin teruk sehingga sukar untuk tidur dan bercakap dan bintik-bintik merah timbul. Oleh kerana lokasi jauh, saya hanya titipkan air yang diruqyah serta memohon bantuan sahabat yang tinggal berhampiran untuk datang membantu di sana.

Dengan izin Allah SWT jua, selepas diruqyah keadaan pesakit kembali normal, boleh kembali bercakap dan membaca al-Quran. Kami akhirnya datang berkumpulan untuk membantu melakukan rawatan rumah kerana dikhabarkan ada unsur yang tidak kena berlaku di rumah tersebut.

%d bloggers like this: