Archive for 23 Disember 2014


SETAHUN BERSAMA DUPP

Tarikh : 20 Disember 2014

Terasa kerdil apabila berada bersama-sama para alim ulamak dalam DUPP.

Sejak kali pertama dilantik setahun yang lalu pada zaman Almarhum Tuan Guru Ustaz Harun Taib dan sempat hadir bermesyuarat sekali bersama beliau, kemudian dipangku oleh Dato’ Ustaz Ahmad Yakob, saya mendapat banyak ilmu daripada seluruh kepimpinan DUPP, persahabatan dan perkenalan daripada banyak pihak.

Sedayanya dengan bantuan kewangan daripada para sahabat, saya hadir dalam semua mesyuarat DUPP, terasa kelu lidah untuk turut bercakap di dalam mesyuarat kerana terasa tidak layak berada di sini. Semoga DUPP terus gagah menjadi sayap penting perjuangan ini.

DUPP (1) DUPP (2)

Tarikh : 19 Disember 2014

Lokasi : Kg Kitana Membakut

Anjuran : Persatuan Pelajar Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Alhamdulillah, gembira saya melihat pelajar-pelajar kami dapat melakukan khidmat sosial di sebuah kampung yang agak terpencil di Membakut ini. Perjalanan menuju kampung ini melalui jalan yang belum berturap selama lebih kurang 20 minit. Mujur juga cuaca agak bagus untuk bergerak masuk dan berprogram di sana.

Di kampung ini ada seorang pelajar kami di semester 4, Fida Farhana Anuar namanya. Fidalah yang menjadi penghubung dan tangan kanan kami di sini. Walaupun cuma 2 hari, saya melihat ukhuwah mula terjalin, mereka menyantuni keluarga-keluarga angkat masing-masing dengan program tahsin solat, tazkirah, penyampaian sumbangan, senamrobik dan lain-lain.

Semoga ini menjadi ilmu dan pengalaman berharga untuk pelajar-pelajar kami.

Kg Kitana Membakut (1) Kg Kitana Membakut (2) Kg Kitana Membakut (3) Kg Kitana Membakut (4) Kg Kitana Membakut (5) Kg Kitana Membakut (6) Kg Kitana Membakut (7) Kg Kitana Membakut (8) Kg Kitana Membakut (9) Kg Kitana Membakut (10) Kg Kitana Membakut (11) Kg Kitana Membakut (12) Kg Kitana Membakut (13) Kg Kitana Membakut (14) Kg Kitana Membakut (15) Kg Kitana Membakut (16) Kg Kitana Membakut (17)

%d bloggers like this: