Archive for 18 Disember 2014


Laptop Permata

Tarikh : 16 Disember 2014

Barangkali idea ini lambat sampai.

Saya sepanjang 2014 diamanahkan sebagai pensyarah penyelaras bagi Persatuan Pelajar Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah (PERMATA). Memang kadang-kadang kesibukan itu menyebabkan saya beberapa kali terlepas daripada menyertai pertemuan, mesyuarat dan sebagainya bersama-sama mereka.

Sesudah menjelang bulan terakhir saya terkenangkan apa lagi yang mampu saya bantu dan tinggalkan untuk mereka. Saya menyatakan hasrat kepada kawan-kawan yang hampir terutama yang berduit untuk menyumbang sesuatu untuk persatuan ini. Maka timbullah idea untuk mencari sumbangan laptop untuk memudahkan urusan pentadbiran persatuan mereka.

Seorang hamba Allah bermurah hati menyumbangkan ‘sebiji’ laptop ini dan saya diminta untuk menyampaikan kepada pihak PERMATA. Sabri Yakop selaku YDP PERMATA tampil untuk menerima penyerahan ringkas ini disamping Mohd Ishak Tahil selaku timbalannya.

Tarikh : 15 Disember 2015

Sahabat kami yang beberapa tahun berkhidmat di Sabah, kini bakal meninggalkan negeri ini untuk berpindah ke Semenanjung. Ustaz Mizi bertugas di Politeknik Kota Kinabalu Sepanggar juga berkhidmat baik dalam kerja-kerja dakwah dan jamaah. Beberapa bulan selepas perkenalan, baru saya mengetahui kami sezaman ketika mengaji di Mesir, cuma tiada jodoh untuk bertemu di sana.

Ustaz Mizi yang berasal dari Kedah juga sering memenuhi undangan ceramah dan tazkirah di sekitar Sepanggar dan Kota Kinabalu dan saya juga memenuhi beberapa undangannya untuk mengisi slot di Pusat Islam Politeknik Sepanggar.

Baru-baru ini satu majlis ringkas diadakan oleh pengurusan PASTI Kawasan Putatan atas sumbangan yang beliau berikan dalam khidmat pengurusan PASTI. Semoga kerja baik beliau menjadi satu amal jariah dan teladan baik buat kami semua. Hanya Allah SWT mampu membalas jasa beliau.

Ust Mizi (1) Ust Mizi (2) Ust Mizi (3) Ust Mizi (4) Ust Mizi (5)

%d bloggers like this: