Archive for 16 Disember 2014


Masjid Kg Bunga (1)

Tarikh : 13 Disember 2014

Kami singgah solat di sini, melihat sekumpulan kaum ibu sedang belajar mengaji al-Quran. Saya kira mereka yang berhasrat untuk mempelajari asas al-Quran boleh datang ke masjid ini.

Setiap sabtu, jam 2 petang di Masjid Darul Iman Kg Bunga Tenggilan.

Tarikh : 13 Disember 2014

Lokasi : Tenggilan Tuaran

Pengantin : Md Jamri Ag Damit & Hassa Matjin

Alhamdulillah, saya berbesar hati dapat datang ke majlis pernikahan dua sahabat baik saya yang selamat disatukan pada hari ini di rumah pengantin perempuan. Meski kampung yang jauh ke dalam ini tidak pernah saya lalui, saya begitu gembira akhirnya tiba di sini dan bersama-sama meraikan hari bersejarah mereka.

Persahabatan saya dengan mereka bermula sekitar pertengahan 2008 apabila saya diundang mengajar al-Quran di pejabat mereka di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) dan kedua mereka adalah rakan sepejabat yang bersama-sama belajar al-Quran di hadapan saya. Rekod tilawah mereka sangat bagus dan mereka berdua antara yang khatam al-Quran beberapa tahun kemudian.

Kepada Jamri dan Hassa, semoga Allah SWT memberkati pernikahan kalian berdua dan Allah mengumpulkan kalian di dalam kebaikan.

Nikah Jamri&Hassa (1) Nikah Jamri&Hassa (2) Nikah Jamri&Hassa (3) Nikah Jamri&Hassa (4) Nikah Jamri&Hassa (5) Nikah Jamri&Hassa (6) Nikah Jamri&Hassa (7) Nikah Jamri&Hassa (8) Nikah Jamri&Hassa (9)

%d bloggers like this: