Tarikh : 12 Disember 2014

Lokasi : SMKA Kota Kinabalu

Ada satu kenangan di flat guru SMKA KK ini. Pada awal 90an, – antara tahun 93-95, keluarga kami pernah tinggal di sini sekitar 2 tahun apabila bapa kami bertugas di bahagian pembangunan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah di Rumah Persekutuan, Sembulan.

Saya ketika itu berada di SMUI Toh Puan Hajjah Rahmah Sembulan dan seringkali juga pulang bermalam hampir setiap hujung bulan di sini. Kadang-kadang diambil di asrama Toh Puan dan kadang-kadang saya menaiki bas dari stesen berhadapan mahkamah di pusat bandar Kota Kinabalu menuju ke sini. Seringkali juga setika berjalan dari hentian bas di SMKAKK ini terutama waktu petang melihat pelajar sekolah ini bermain bola tampar dan lain-lain.

Di rumah flat ini, emak kami sempat mengasuh cucu pertama Muhammad Alif yang kini sudah pun berumur awal 20an. Ketika itu abang sulung kami dan keluarganya tinggal di Taman BDC Kolombong, tidak jauh dari sini dan dia bekerja di Bank Standard Chartered Kota Kinabalu.

Di rumah ini juga saya mengingati seorang lagi abang kami Muhammad Safree yang juga alumni SMAKK pernah bekerja di Piza Hut ketika itu dan dia sering membawa balik lewat malam lebihan-lebihan piza yang menjadi sarapan kami.

SMKAKK (1) SMKAKK (2)