Archive for 9 Disember 2014


BERSAMA KRU PUTATAN

Tarikh : 6 Disember 2014

Lokasi : Perkarangan Masjid Daerah Putatan

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT dapat bertemu dan mengisi satu slot bersama anak-anak remaja Kelab Remaja Ukhuwah Daerah Putatan selepas isyak baru-baru ini selepas saya mengisi kuliah maghrib di Masjid Daerah ini.

Tajuk yang diperbincangkan ialah berkenaan organisasi atau tanzim dalam Islam. Kewajiban umat Islam dalam dunia dakwah hendaklah diurus secara tersusun dan berorganisasi, sementara kepimpinan dan para petugas dakwah mestilah mempunyai syarat-syarat tertentu agar segala perencanaan berjalan dengan lancar dan teratur.

Anak-anak muda dan remaja yang kasih kepada ugama, menunjukkan keprihatinan mereka kepada Islam dan penganutnya serta suka kepada majlis-majlis ilmu, ini adalah antara petanda masa depan Islam yang gemilang serta golongan yang mendapat ketenangan hati dan mudah-mudahan menjadi sebahagian daripada mereka yang akan diberi naungan oleh Allah SWT pada hari kiamat nanti.

KRU Putatan

Tarikh rakam : 6 Disember 2014

Masjid Kelanahan (1) Masjid Kelanahan (2) Masjid Kelanahan (3) Masjid Kelanahan (4) Masjid Kelanahan (5) Masjid Kelanahan (6) Masjid Kelanahan (7) Masjid Kelanahan (8) Masjid Kelanahan (9) Masjid Kelanahan (10) Masjid Kelanahan (11) Masjid Kelanahan (12) Masjid Kelanahan (13)

%d bloggers like this: