BinsulokBinsulok (2)Binsulok (1) Tarikh : 4 Disember 2014

Lokasi : Binsulok Resort, Membakut

Menarik.

Pertama kali saya dijemput dalam program perkumpulan dan pertemuan sebuah keluarga besar dari Sipitang, mereka menyediakan satu slot ceramah kekeluargaan dan saya menjadi jemputan mereka. Saya langsung tidak mengenali mereka kesemuanya, tetapi idea mereka begitu bagus sekali.

Saya banyak kali mendengar dan mengetahui mana-mana keluarga besar yang mengadakan reunion, berkumpul di sebuah lokasi peranginan lalu mengadakan acara santai, sukaneka, mandi manda dan sebagainya. Ini biasa. Apabila keluarga besar ini mengadakan slot ceramah, ia satu perkembangan baik iaitu mereka menginginkan keluarga bahagia yang mempunyai dasar agama yang baik.

Di sini, saya mengongsikan beberapa hadith berkenaan kehidupan Nabi SAW bersama keluarga baginda. Tahniah.