Archive for 3 Disember 2014


Tarikh : 30 November 2014

Siapa ingat ketika musim hari raya aidil fitri lepas, saya ada mengutarakan di dalam blog ini dan juga lewat facebook sebuah rumah yang agak keuzuran di kampung Rancha-Rancha WP Labuan. Saya dimaklumkan pihak berkenaan ketika itu sudah membuat tinjauan, cuma tuan rumah berpendapat tindakan perlu dilihat perlahan memandangkan rumah yang terlalu uzur dan daif ketika itu.

Ziarah ke kampung ini sekali lagi kali ini, saya melihat sebahagian rumah berkenaan sudah dirobohkan dan tanah sedang diratakan sebelum rumah baru didirikan di tapak yang sama. Semoga ada sinar bahagia dan menggembirakan untuk mereka. Terima kasih kepada pihak-pihak yang prihatin.

Rancha(1) Rancha(2)

Tarikh : 3 Disember 2015

Lokasi : Masjid Mahmudiah, Kg Lajau WP Labuan

Akhirnya dapat juga mengisi ceramah di sini di masjid yang indah dan antara masjid yang terbaru di WP Labuan ini. Masjid ini saya lihat mempunyai jadual kuliah maghrib yang bagus dan aktif nampaknya.

Maka saya dalam kesempatan ini mengisi topik berkenaan pengisian ilmu agama yang sepatutnya menjadi keutamaan umat Islam ketika ini. Semoga pulau ini semakin mekar dan meriah dengan majlis-majlis ilmu agama insya Allah.

Masjid Mahmudiah (1) Masjid Mahmudiah (2) Masjid Mahmudiah (3)

%d bloggers like this: