Archive for 2 Disember 2014


Tarikh : 29 Disember 2015

Lokasi : Masjid Pekan Menumbok

Alhamdulillah, sambutan yang sangat baik dari masyarakat setempat di sini bagi kembara kami kali ini. Lebih 100 pesakit direkodkan, dan ada beberapa kes gangguan dan histeria.

Kerjasama di pihak tuan rumah juga amat baik sekali, dengan persediaan rapi agar program ini berjalan seperti yang dirancangkan. Semoga ada kebaikan dalam program seumpama ini. Terima kasih kepada semua pihak – para perawat, pihak tuan rumah dan pesakit yang memberikan kepercayaan untuk kami membantu mereka mengikut kemampuan kami. Kepada Allah kita berserah.

Darussyifa@Menumbok (1) Darussyifa@Menumbok (2) Darussyifa@Menumbok (3) Darussyifa@Menumbok (4) Darussyifa@Menumbok (5) Darussyifa@Menumbok (6) Darussyifa@Menumbok (7) Darussyifa@Menumbok (7)

Tarikh : 28 November 2015

Lokasi : Masjid Pekan Menumbok

Alhamdulillah, masjid yang seringkali kami lalui untuk balik ke WP Labuan dan sesekali singgah solat di sini, akhirnya saya dapat mengisi satu slot ceramah khas sempena program pengubatan Islam Darussyifa’ keesokan harinya.

Untuk daerah kecil ini, ini adalah kali kedua dapat mengisi program dakwah selepas Surau Kg Darat dalam program sambutan awal Muharram 1436H lepas. Kehadiran jamaah di sini biasa-biasa saja,  saya dimaklumkan beberapa orang kuat masjid berada di Kuala Lumpur. Ada persidangan kata mereka.

Mengisi slot tajuk pengubatan Islam dengan membawa isu-isu seperti sihir, tangkal, amalan-amalan khurafat lainnya adalah suatu keutamaan bagi saya pada ketika ini. Dapat tampil di sini adalah suatu kesyukran yang mendalam. Alhamdulillah.

Anak remaja tiga orang perempuan di dalam foto kedua ini adalah peminat ceramah, sebagaimana mereka hadir pada kesempatan saya kali pertama tempohari juga. Terima kasih

Masjid Pekan Menumbok (1) Masjid Pekan Menumbok (2)

%d bloggers like this: