Archive for November, 2014


JANGAN BERPELUK TUBUH

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/32256-jangan-berpeluk-tubuh

NASRUDIN HASSAN | 21 November 2014.

1. Sering kali alasan dikemukakan untuk tidak turun bergelanggang bagi menyampai risalah dan memperjuangkan Islam. Alasan itu akhirnya melemahkan umat Islam justeru alasan boleh dicipta dan direka tanpa ada penyudahnya. Ingatlah Firman Allah swt:

إِنَّمَا يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَارْتَابَتْ قُلُوبُهُمْ فَهُمْ فِي رَيْبِهِمْ يَتَرَدَّدُونَ

Sesungguhnya orang yang akan meminta izin (dengan mengemukakan pelbagai alasan) kepadamu (untuk tidak disenaraikan sebagai delegasi yang turung berjuang) hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya. (Surah at Taubah: 45)

2. Kita tiada pilihan! Saksikan bagaimana keadaan ummah di luar sana. Mereka keliru tanpa bimbingan, mereka hanyut tanpa dahan berpaut, mereka alpa tanpa isyarat yang menyedarkan, mereka sesat tanpa cahaya yang memandu. Apakah kita masih rela dan tega untuk berpeluk tubuh? dengan 1001 alasan yang kita ungkapkan? Allah swt telah tegaskan:

وَلَوْ أَرَادُوا الْخُرُوجَ لَأَعَدُّوا لَهُ عُدَّةً وَلَٰكِن كَرِهَ اللَّهُ انبِعَاثَهُمْ فَثَبَّطَهُمْ وَقِيلَ اقْعُدُوا مَعَ الْقَاعِدِينَ

Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berjuang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): “Tinggalah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal”. (Surah at-Taubah: 46)

3. Semoga kita tidak tinggal bersama orang yang qaai’din (duduk berpeluk tubuh) tanpa melibatkan diri bersama gerakan Islam melunas amanah perjuangan demi mengembalikan izzah (kemuliaan dan kehebatan) ummah serta menegakkan syariat Allah swt. di atas tanah air tercinta ini. Bangkitlah wahai para duat (pendakwah)!

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

Tarikh : 20 November 2014

Semoga Allah memberkati pernikahan dan kehidupan mereka berdua sehingga akhir hayat dan Allah SWT kumpulkan mereka berdua di dalam kebaikan.

Majlis akad nikah di dewan bawah Masjid as-Salam Kg Contoh Petagas dijalankan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, sementara saksi ialah Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim dan Ustaz Mat Razali Mat Lazin. Khatib nikah merangkap wakil JHEAINS ialah Tuan Haji Lamsin Anggali.

Yus & Nurul (0) Yus & Nurul (1) Yus & Nurul (2) Yus & Nurul (3) Yus & Nurul (4) Yus & Nurul (5) Yus & Nurul (6) Yus & Nurul (7) Yus & Nurul (8) Yus & Nurul (9) Yus & Nurul (10)

Tarikh : 10 November 2014

Lokasi penggambaran : Tawau

Setinggi tahniah diucapkan kepada semua pasukan SABK Islamiah Tawau di atas kejayaan membuat satu drama pendek ini seterusnya mendapat anugerah terbaik kategori sekolah-sekolah menengah peringkat negeri Sabah.

Isnin seminggu yang lalu, bersama dua pelajar maahad, saya berziarah ke rumah salah seorang pelajar kami Syafwan Jalal di Kg Tebobon Menggatal Kota Kinabalu. Tujuannya untuk meruqyah dan mendoakan bapanya pakcik Jalal yang agak keuzuran selepas keluar dari hospital beberapa hari sebelum itu.

Walaupun keuzuran, ketika itu beliau masih boleh bangun dan duduk bersembang dengan kami sekali. Walaubagaimanapun saya lebih selesa agar beliau berbaring kerana keuzuran yang lihat. Menambah suasana keuzurannya ketika itu, cuaca awal petang agak panas bercampur dengan ketiadaan bekalan elektrik.

Kami balik dengan harapan semoga Pakcik Jalal semakin sihat, memandangkan dalam keuzuran itu beliau boleh bersembang walaupun agak lemah.

Pagi jumaat lepas, saya mendengar khabar duka. Pakcik Jalal kembali kerahmatullah. Tiada yang dapat saya ucapkan selain ungkapan innalillah wa inna ilaihi rajiuun dan semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang soleh. Beliau telah meninggalkan keluarga yang besar dan salah seorangnya adalah Safwan yang sedang menghafaz al-Quran.

Tebobon (1) Tebobon (2)

Sumber : http://m.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/32192-berdakwah-umpama-hendak-jual-produk

NASRUDIN HASSAN | 18 November 2014.

Seseorang tidak akan berubah melainkan setelah ada maklumat. Kita tidak akan membeli satu barang melainkan setelah kita mengetahui khasiat dan kebaikannya. Ini menggambarkan betapa pentingnya penerangan dalam suatu hal untuk meyakinkan seseorang bagi mendapat sesuatu.

Menyampaikan ceramah, kuliah atau apa jua bentuk penerangan, ia umpama hendak menjual sesuatu produk kepada orang lain, produk yang baik dan berkualiti sekalipun, kalau tidak diterangkan dengan teknik dan strategi yang berkesan pasti tidak ada pembelinya, malahan produk yang tidak berkualiti pula, kalau disampaikan, dipromosi dan dikempen dengan hebat dan baik pasti akan menarik orang ramai untuk membelinya.

Orang yang memainkan peranan penting dalam mempromosikan produk ialah jurujual itu sendiri. Bagi menarik orang ramai membeli produk tersebut, jurujual akan menggunakan kepetahan bercakap, penampilan dirinya yang kemas, bahasa yang cukup menawan dan berbagai-bagai aksi lagi, disertai pula dengan demonstrasi barangan.

Sudah pasti cara ini akan menarik minat orang ramai membelinya. Begitulah para pendakwah, produk yang kita hendak pasarkan ialah Islam dan PAS sebagai wadah atau platform perjuangan.

Produk yang akan kita pasarkan ini memerlukan teknik, taktik dan strategi yang sesuai dengan suasana setempat, situasi semasa, budaya dan sebagainya. Inilah hikmah atau kebijaksanaan dalam dakwah.

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah (kebijaksanaan) dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (Surah An Nahl: 125)

Nasrudin bin Hassan

Timbalan Pengerusi 1, Lajnah Dakwah PAS Pusat.

Tarikh : 21 November 2014

Lokasi : Medan Ilmu, Kota Bharu Kelantan

Pengkuliah :

1) Ustaz Asri Mat Daud

2) YB Dato’ Ustaz Mohd Amar Abdullah

 

MAKAN MALAM PASTI PUTATAN

Tarikh : 17 November 2014

Lokasi : Restoran Hang Li Po

Makan malam kali ini untuk meraikan para guru-guru PASTI dan PPIAN sempena hujung tahun musim persekolahan. Terima kasih atas kesungguhan mereka mendidik anak-anak PASTI dan PPIAN selama ini.

Makan Malam (1) Makan Malam (2) Makan Malam (3) Makan Malam (4) Makan Malam (5) Makan Malam (6) Makan Malam (7)

Surau RTM

Tarikh : 21 Nov 2014

Lokasi : Surau at-Taqwa RTM Jalan Lintas

Khatib : Abu Nuha

Kehidupan selepas kematian ibarat satu perjalanan jauh yang memakan masa yang lama. Menyedari hakikat itu, setiap insan perlu membuat persiapan yang mencukupi dan sempurna. Namun, orang yang lalai tidak pernah memikirkan persiapan menhadapi mati.

Bayangkan jika secara tiba-tiba seseorang itu mendapati dirinya terlantar di padang pasir yang tandus. Apabila dahaga mencekik kerongkongnya barulah dia sedar bahawa dia tidak membawa bekalan air sedikit pun.

Orang sering bercakap tentang rakan atau saudara mereka yang telah kembali menyahut seruan Ilahi. Sayangnya mereka sendiri jarang memikirkan bilakah gilirannya akan tiba. Sebelum mati datang, apakah persiapan yang telah dibuat?

Sememangnya begitulah kebanyakan manusia. Mereka menyaksikan ahli keluarga mereka meninggal dunia, mendengar berita kawan mereka meninggal dunia, malah turut sama menguruskan jenazah dan bertakziah.

Namun mereka seperti terlupa yang mereka juga akan meninggal dunia. Mereka membaca berita kematian dalam akhbar dan menyaksikan kemalangan maut di layar televisyen atau melihat sendiri kematian di tempat kemalangan, tetapi tidak pernah terfikir yang mereka pun mungkin akan mengalami keadaan seperti itu.

4 JAM DI LABUAN

Tarikh : 18 November 2014

Lokasi : Menumbok-Labuan-Menumbok

Misi menziarahi nenek di kampung dan menunjukkan Muhammad Zaid al-Qassam kepada nenek-nenek di kampung serta menjemput Abdul Hadi pulang ke Kota Kinabalu setelah beberapa hari ikut nenek ke Labuan.

4Jam Labuan (1) 4Jam Labuan (2) 4Jam Labuan (3) 4Jam Labuan (4) 4Jam Labuan (5) 4Jam Labuan (6)

Tarikh : 16 November 2014

Lokasi : Surau ar-Rahman, Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah

Terima kasih Ybhg Dr Riduan Mohd Nor aktivis Muslim Care yang sudi bertandang sebentar ke maahad kami, memberi semangat kepada warga maahad tentang Islam, jihad ta’lim yang perlu diperjuangkan secara bersungguh-sungguh, menyeru agar menjadi muslim mukmin yang berilmu.

Dr Riduan @ MTQQNS (1) Dr Riduan @ MTQQNS (2) Dr Riduan @ MTQQNS (3) Dr Riduan @ MTQQNS (4) Dr Riduan @ MTQQNS (5) Dr Riduan @ MTQQNS (6) Dr Riduan @ MTQQNS (7) Dr Riduan @ MTQQNS (8) Dr Riduan @ MTQQNS (9)

%d bloggers like this: