Tarikh : 25 November 2014

Lokasi : Dewan Datuk Asmali Bachi

Suatu yang menggembirakan seluruh warga maahad apabila kumpulan nasyid Hijjaz bersetuju berkunjung ke maahad beberapa jam sebelum mereka berlepas balik ke ibu negara. Kumpulan Hijjaz dalam rangka program dakwah di beberapa lokasi seperti Ranau, Kota Belud dan Kota Kinabalu.

Oleh kerana kedudukan maahad yang berhampiran dengan terminal LTAKK, maka ia memudahkan rombongan untuk bergerak pulang selepas selesai persembahan dan jamuan. Alhamdulillah, mereka sempat mempersembahkan 4 buah nasyid selain memberi motivasi tentang kerja-kerja dakwah. Antara lagu yang disampaikan ialah ‘Rasulullah’, ‘Sumayyah’, ‘Janji Khalifah’ dan ‘Pejuang al-Qassam’.

Terima kasih sahabat saya Wan Azhaniz yang sudi menawarkan kunjungan kumpulan Hijjaz ke maahad. Semoga Allah SWT membalas kebaikan Wan.

Hijjaz @ MTQQNS (1) Hijjaz @ MTQQNS (2) Hijjaz @ MTQQNS (3) Hijjaz @ MTQQNS (4) Hijjaz @ MTQQNS (5) Hijjaz @ MTQQNS (6) Hijjaz @ MTQQNS (7) Hijjaz @ MTQQNS (8) Hijjaz @ MTQQNS (9) Hijjaz @ MTQQNS (10) Hijjaz @ MTQQNS (11) Hijjaz @ MTQQNS (12)