Tarikh : 15 November 2014

Lokasi : Hotel Yaho, Sembulan Kota Kinabalu

Alhamdulillah, konvo kali ini menyaksikan anak ke-4 kami naik ke pentas menerima sijil tamat pengajian Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Putatan tahun 2014. Menariknya pengajian Lu’lu’ Badriyyah selama tiga tahun telah belajar di tiga buah PASTI yang berbeza. Bermula dengan PASTI Nur Fathonah pada 2012, PASTI asy-Syakirin pada tahun 2013 dan terakhir PASTI Raihan tahun 2014.

Sebelum Lu’lu’, Nuha telah konvo pada tahun 2009, Hana (2011) dan Abdul Hadi (2012). Ketiga-tiga mereka mendapat pendidikan awal PASTI Nur Fathonah yang beroperasi pada peringkat awal di Taman Union sebelum berpindah ke Taman Pasir Putih Putatan. Insya Allah sehingga kini, PASTI masih menjadi pilihan kami untuk pendidikan pra sekolah anak-anak.

Untuk tahun 2015, ada 2 orang lagi anak kami meneruskan pendidikan PASTI. Aina Salsabila untuk umur 6 tahun dan Ubay untuk umur 4 tahun.

Konvo PASTI 2014 (1) Konvo PASTI 2014 (2) Konvo PASTI 2014 (3) Konvo PASTI 2014 (4) Konvo PASTI 2014 (5) Konvo PASTI 2014 (6) Konvo PASTI 2014 (7) Konvo PASTI 2014 (8) Konvo PASTI 2014 (9) Konvo PASTI 2014 (10) Konvo PASTI 2014 (11) Konvo PASTI 2014 (12) Konvo PASTI 2014 (13) Konvo PASTI 2014 (14) Konvo PASTI 2014 (15)