Masjid Kg Contoh

Tidak selalu mendapat kesempatan berkuliah di sini kerana ramainya tokoh yang mengisi aktiviti ilmu di Masjid as-Salam ini. Sukanya saya menyaksikan kuliah demi kuliah di sini jika berkelapangan sebab kehadiran jamaahnya yang ramai.

Kuliah subuh di sini diadakan setiap hujung minggu sabtu ahad, sabtunya dengan pembimbing tetap iaitu Ustaz Haji Muchlish sementara pengkuliah ahad dibuat secara bergilir-gilir.

Pada ahad 19 Oktober lepas, tiba giliran saya mengisi kuliah subuh ahad. Topik yang dibawa ialah berkenaan bacaan surah al-Fatihah. Diperbincangkan beberapa kesilapan kecil dan besar dalam bacaan surah al-Fatihah. Di akhir kuliah, kami bertalaqqi secara umum, iaitu saya baca dan jamaah ikut.