Tarikh : 13-17 Oktober 2014

Lokasi : Sekolah Agama Negeri (SAN) Kepayan

Hati dan perasaan seorang bapa seperti saya turut bercampur baur diantara teruja dan berdebar apabila melihat anak sulung kami sudah semakin membesar dan kini sampai masanya untuk menduduki peperiksaan Sijil Rendah Ugama (SRU) anjuran JHEAINS, satu peperiksaan darjah 6 sekolah agama.

Sekumpulan rakan-rakannya dari Pusat Pendidikan Islam an-Nur, Taman Austral Kepayan menduduki peperiksaan di SAN Kepayan bersama-sama murid sekolah ini. Semoga dia diberikan ketenangan dan kejayaan sesuai dengan usahanya sendiri dan ilmu yang dicurahkan oleh para gurunya. Kepada Allah kami berharap.

Nuha @ SRU2014 (1) Nuha @ SRU2014 (2) Nuha @ SRU2014 (3)