Archive for 8 Oktober 2014


TEMBUNI

Tarikh : 6 Oktober 2014

Sedikit terlewat kerja-kerja membersih dan menanam tembuni bayi. Dua hari yang agak sibuk dan sesak dengan urusan bayi, hospital dan hari raya aidil adha. Akhirnya ia dapat diselesaikan dan ditanam di pinggir Surau Taman Austral Kepayan.

Memang tembuni bayi ini perlu dihormati sebagai sebahagian daripada isi tubuh badan bayi. Ini kali kedua saya mengurusnya sendiri selepas tembuni anak pertama lebih 10 tahun dahulu. Tembuni Nuha saya urus di Mansoura Mesir. Apabila balik dari Mesir, tembuni anak-anak lain diurus oleh ayah mertua saya sendiri.

Tembuni (1) Tembuni (2) Tembuni (3)

Tarikh : 5 Oktober 2014

Lokasi : Masjid Pekan Bongawan

Penampilan pertama di masjid ini, imamnya adalah sahabat kami sejak tingkatan 1 sekolah menengah di SMAN Toh Puan Hajah Rahmah pada 1991 dan berkekalan persahabatan sehingga kini. Ceramah berkisar tentang ibadah qurban dan haji yang disambut pada hari ini.

Ada beberapa keputusan dicapai selepas ceramah ini berlangsung. Pertamanya, Darussyifa’ bakal datang ke sini untuk mengadakan kembara rawatan Islam pada awal November. Keduanya, insya Allah ada kesepakatan untuk kuliah bulanan di sini mulai november walaupun tarikhnya belum ditetapkan.

Masjid Pekan Bongawan (1) Masjid Pekan Bongawan (2) Masjid Pekan Bongawan (3) Masjid Pekan Bongawan (4) Masjid Pekan Bongawan (5) Masjid Pekan Bongawan (6)

%d bloggers like this: