Archive for 5 Oktober 2014


BOLEH BALIK

Tarikh : 4 Oktober 2014

Alhamdulillah, selepas bersalin pada pagi jumaat, isteri dan bayi bermalam di wad Hospital Likas buat satu malam lagi untuk pemantauan doktor. Petang sabtu, sehari sebelum hari raya isteri dan bayi dibenarkan pulang.

Baby7 (11) Baby7 (12) Baby7 (13) Baby7 (14) Baby7 (15)

Masjid Bangka2

Sumber : Web JHEAINS

Diriwayatkan bahawa setelah berhijrah ke Madinah, Rasulullah SAW mendapati penduduk Madinah merayakan dua hari kebesaran iaitu hari Nairuz dan Mahrajan. Lalu Rasulullah bertanya kepada penduduk Madinah tentang perayaan berkenaan. Maka mereka menjawab bahawa perayaan itu adalah perayaan yang disambut sejak datuk nenek mereka lagi. Lantas Rasulullah bersabda yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah telah menukarkan kepada kamu dua hari tersebut kepada hari yang lebih baik untuk dirayakan iaitu Aidiladha dan Aidilfitri.” (HR Abu Daud, AlNasa’ei dan Ahmad).

Jumhur ulama berpendapat bahawa menyembelih korban adalah sunat muakkad bagi umat Islam dan makruh meninggalkannya bagi orang yang berkemampuan. Ini kerana kepatuhan kepada Allah SWT merupakan nilai Islam yang tertinggi. Maka Rasulullah SAW memberi amaran kepada orang yang berkemampuan tetapi enggan berkorban supaya tidak mendekati tempat solat orang Islam.

Ini sebagaimana Hadith daripada Abu Hurairah RA, katanya, Rasulullah telah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang memiliki kemampuan (dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah ) dan tidak menyembelih, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami.” (HR Ibn Majah).

Dan sesungguhnya, anjuran menyembelih korban merupakan satu kerangka mmemperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dalam melaksanakan hukum Allah SWT yang mana Allah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail seperti yang terakam di dalam alQuran bermaksud :

“Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringin mukanya di atas tompok tanah, serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang kau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar.” (S. AshShaaffat: 103-107).

Berdasarkan kepada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS tersebut, kita beroleh pengajaran bahawa ibadah yang dituntut pada Aidil Adha bukan setakat ibadah jasad berupa solat tetapi juga ibadah yang melibatkan pengorbanan harta iaitu melakukan korban.

Justeru, iktibar serta pengajaran mulia ini diharap dapat memupuk semangat sanggup berkorban apa sahaja di kalangan umat Islam untuk meninggikan agama serta menghilangkan rasa terlalu sayang pada harta kesenangan dunia demi memperoleh reda Allah SWT semata-mata.

Ini kerana, hakikat korban di sini tidak terhad kepada menyembelih binatang korban sahaja, bahkan meliputi segala jenis pengorbanan yang boleh memberi faedah serta kebaikan kepada masyarakat terutama sekali golongan yang susah dan memerlukan pertolongan.

%d bloggers like this: