Nuha@Pa&Ma

Catatan ini dibuat hampir 10 tahun lalu, selepas kami pulang ke tanahair selepas tamat pengajian di Mesir. Kami pulang pada pertengahan tahun 2004, sedangkan 10 bulan sebelum itu Allah SWT menganugerahkan kepada kami anak sulung – Nuha Wafiyyah di Mansoura.

Semasa di Mesir, majalah rujukan keibubapaan ialah majalah PA&MA yang terkenal itu. Hasil bahan bacaan bahasa sendiri yang terbatas di negara orang menyebabkan kami meminati majalah ini. Apabila balik ke Sabah dan terus mendapatkan majalah ini, kami terfikir untuk menulis kenangan kelahiran ini. Namun tidak disangka, tulisan kami akhirnya diterima dan disiarkan dalam majalah PA&MA pada tahun 2004.