Archive for 1 Oktober 2014


gaza-bom-2

Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/31193-statistik-berkaitan-peperangan-di-gaza

Statistik berkaitan peperangan di Gaza . | 30 September 2014.

Anak Dr Mohamed Khalid Ali al-Farra yang hamil dua bulan dan menantunya telah syahid dalam peperangan baru-baru ini. Rumah tiga tingkatnya telah musnah semuanya. Sekarang ini mereka tinggal di dalam khemah. Antara statistik berkaitan peperangan di Gaza baru-baru ini adalah seperti berikut:-

1. Jumlah penduduk Gaza yang hilang tempat tinggal sebanyak 100,000 orang.

2. 17,465 buah rumah telah dimusnahkan Israel. 2,465 buah musnah sepenuhnya manakala 15,000 musnah sebahagian.

3. Sebanyak 71 buah masjid musnah sepenuhnya manakala 100 buah musnah sebahagian.

4. Kilang, pejabat kerajaan dan infrastruktur lain turut dimusnahkan serta tenaga elektrik sekarang ini hanya boleh digunakan 15 jam sehari sahaja.

5. Jumlah syuhada’ Gaza ialah 2,200 orang, daripadanya 530 kanak-kanak , 230 wanita dan 70 orang tua serta 16 orang wartawan.

6. Jumlah penduduk Gaza yang cedera adalah seramai 11,000 orang, 3,303 daripadanya adalah kanak-kanak, 2,101 adalah wanita.

7. Jumlah sekolah yang dimusnahkan adalah sebanyak 2,020 buah, universiti 6 buah, hospital 8 buah, ambulans 57 buah dan kapal 52 buah.

8. Jumlah peluru berpandu yang dilancarkan dari kapal laut ialah sebanyak 35,000 buah, peluru dari darat berjumlah 5,000,000 butir manakala bom dari pesawat F16 seberat 500 tan.

9. MENARIK, Keseluruhan kematian di pihak tentera Israel adalah sebanyak 2,400 orang tentera manakala jumlah tentera Israel yang hilang ialah sebanyak 80 orang. Ianya jauh lebih teruk daripada yang diwar-warkan.

Catatan oleh Ustaz Mohd Azli Abdullah sebagaimana statistik yang disampaikan oleh Dr Mohamed Khalid Ali al-Farra dari Gaza di Musolla Ar-Raudhah, Kuantan pada 29 September 2014. (Dipetik daripada fb Nasrudin Hassan)

Tarikh : 28 September 2014

Lokasi : Hotel Tabung Haji, Jalan Sembulan

Menarik juga program kali ini. Sebenarnya ia anjuran dan komitmen ibu bapa bagi sebuah kelas terpilih di sekolah Maktab Sabah (bukan semua pelajar tingkatan 5). Beberapa pelajar tampil berucap, puan pengetua dan ibu bapa. Selain itu solat hajat, bacaan yasin dan tazkirah yang berlegar topik anak cemerlang menurut Islam.

Selain para pelajar yang hadir dan para ibu bapa, saya turut ditemani sebahagian para pelajar maahad yang turut dijemput oleh penganjur.

F5MaktabSabah2014 (1) F5MaktabSabah2014 (2) F5MaktabSabah2014 (3) F5MaktabSabah2014 (4) F5MaktabSabah2014 (5) F5MaktabSabah2014 (6) F5MaktabSabah (7)

 

%d bloggers like this: