Tarikh : 27 September 2014

Lokasi : Kg Lembising Putatan

Berita mengejutkan kami terima beberapa jam sesudah kejadian pada petang sabtu lepas, mendengar musibah yang menimpa Imam Masjid Daerah Putatan Tuan Imam Haji Mohd Noh Chaleh apabila rumahnya musnah dalam kebakaran menjelang tengahari sabtu.

Menurut jamaah Masjid Daerah Putatan, tuan imam ketika itu sedang berada di masjid untuk solat fardhu zuhur. Ketika azan berkumandang, beliau sudah dimaklumkan akan kebakaran tersebut dan beliau tidak berhajat untuk pulang. Bahkan selepas solat pun beliau sempat menikahkan sepasang pengantin di masjid tersebut.

Pihak masjid telah melancarkan kutipan derma untuk tuan imam dan keluarganya. Semoga sedikit sebanyak dapat meringankan beban beliau menghadapi musibah ini. Kepada Allah kita berserah. Takziah daripada saya dan keluarga.

Hangus (1) Hangus (2) Hangus (3) Hangus (4)

Advertisements