Archive for 19 September 2014


Sumber : Web JHEAINS

Seperti yang dimaklumi, kota suci Mekah kini sedang menerima kunjungan beratus ribu umat Islam dari seluruh dunia. Dan menjelang hari Wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, adalah dijangkakan lebih daripada tiga juta umat Islam akan membanjiri tanah suci.

Ia merupakan perhimpunan terbesar umat Islam yang secara langsung mencerminkan nilai kebersamaan bukan sahaja dari segi pakaian ihram, malahan kebersamaan dari segi akidah yang satu dan matlamat ingin menyempurnakan rukun Islam yang kelima sekali gus penuh pengharapan memperoleh haji yang mabrur.

Justeru, sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan para jemaah haji yang sedang khusyuk bermujahadah mengabdi diri kepada Allah SWT nun di tanah suci dengan iringan semangat, niat dan hasrat untuk mengikut jejak langkah mereka mengerjakan ibadah haji.

Pada masa sama, singkap pengajaran yang tercerna daripada perhimpunan umat Islam terbesar setiap tahun tersebut sebagai pedoman dalam lebih mensejahterakan kehidupan kita di negara yang tercinta ini. Antara pengajaran berguna yang patut kita contohi dan teladani adalah :

Pertama, semangat serta kecekalan mereka dalam menyahut perintah agama. Meskipun tinggal jauh dari Makkah, namun mereka gagahi juga dengan berusaha sedaya upaya melengkapkan diri dengan segala persiapan yang membolehkan mereka mencapai tahap mampu melaksanakan rukun Islam yang kelima itu dari segi kesihatan fizikal, bekalan serta tambang pergi balik dan sebagainya. Semangat serta kecekalan serupa ini merupakan nadi kepada kejayaan sesuatu misi yang suci.

Kedua, pengorbanan mereka. Pengorbanan yang dimaksudkan di sini bukan diukur serta dilihat dari segi material, fizikal dan mental semata-mata. Ia juga merangkumi pengorbanan dari sudut emosi, iaitu kesanggupan dan kesediaan mereka meninggalkan keluarga, saudara-mara,sahabat-handai dan tanah air demi melaksanakan kemuncak rukun Islam. Malah, mengenepikan perbezaan dari segi bangsa, suku keturunan, fahaman dan latarbelakang kehidupan dalam mencapai keredaan Allah SWT juga merupakan satu bentuk pengorbanan.

Tarikh : 13 September 2014

Lokasi : Darussyifa’ Lok Kawi

Majlis Zikir Darussyifa Sept 2014 (1) Majlis Zikir Darussyifa Sept 2014 (2) Majlis Zikir Darussyifa Sept 2014 (3) Majlis Zikir Darussyifa Sept 2014 (4)

%d bloggers like this: