Archive for 30 Ogos 2014


Sumber : Web JHEAINS

Firman Allah SWT bermaksud : “Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan janganlah pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.” (S. Luqman: 33).

Sehubungan dengan perintah Allah SWT tersebut, marilah kita berusaha membentuk diri kita menjadi insan Muslim yang bertaqwa dengan melaksanakan segala suruhan Allah SWT dan menjauhi segala laranganNya. Mudah-mudahan, berkat keikhlasan kita mematuhi segala hukum dan undang-undang Allah SWT membolehkan kita meraih kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat adalah nikmat paling berharga bagi seluruh rakyat. Dengan kemerdekaan yang dinikmati, membolehkan negara kita dipimpin dan ditadbir oleh rakyat sendiri di samping membolehkan kita mencorak pembangunan mencapai kemajuan mengikut acuan sendiri.

Lebih bermakna lagi, kemerdekaan yang diraih lebih daripada setengah abad lalu itu membolehkan Islam diangkat sebagai agama persekutuan dan negeri dengan umatnya menjadi penduduk majoriti negara yang tercinta ini.

Ini bererti, nikmat kemerdekaan yang besar ertinya yang dikurniakan oleh Allah SWT ini sebagai natijah daripada perjuangan dan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekan dahulu harus disyukuri oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini.

Tanda kesyukuran kita ialah dengan mempertahankan dan memelihara kemerdekaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT ini dengan cara menegakkan hukum dan undang-undang yang telah disyariatkan-Nya agar terhindar daripada perbuatan kufur dan mungkar yang boleh meragut nikmat kemerdekaan. Hal ini selaras dengan saranan Allah SWT dalam firman-Nya bermaksud :

“Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang-Ku), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan ; dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku).” (S. Al-Baqarah: 152).

Kita dituntut mensyukuri kemerdekaan tanah air kerana kemerdekaan menyebabkan tegaknya kedaulatan dan maruah bangsa. Tambahan pula, nikmat kemerdekaan yang sudah menjangkau lebih separuh abad ini telah membolehkan kita hidup aman dan tenteram melaksanakan pelbagai aktiviti kehidupan yang meliputi aktiviti keagamaan, kemasyarakatan, kebudayaan, ekonomi dan sebagainya.

Berkat kemerdekaanlah juga kita bebas bersuara, bebas berpersatuan dan bebas memilih pemimpin untuk meneraju pemerintahan negara. Pendek kata, kemerdekaan memberi kita seribu satu macam nikmat yang tidak dapat digambar dengan kata-kata.

Dari dimensi yang lain, bersyukur akan menjadikan kita lebih menghargai peranan serta khidmat bakti mereka yang sanggup berkorban jiwa raga bagi membebaskan tanah air daripada belenggu pemerintahan dan ketidakadilan penjajah. Malah dengan sentiasa mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah Taala akan membolehkan rakyat dan negara ini terus dilimpahi pelbagai kemewahan dan kemakmuran.

Tarikh : 24 Ogos 2014

Lokasi : Kg Buah Pandai Kota Belud Sabah

Ziarah kali pertama ke Homestay Pak Tuah ini di Kg Buah Pandai ini, saya sudah tertawan dengan ketenangan dan keindahan persekitarannya. Kunjungan kami dibawa oleh Ustaz Mohammad Suaid yang biasa bercuti di sini, berbanding saya yang datang buat julung kalinya.

Harapnya satu ketika nanti saya boleh membawa isteri dan anak-anak bercuti di sini. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi pengurusan homestay ini melalui nombor telefon : 014-8632654.

Homestay Pak Tuah (1) Homestay Pak Tuah (2) Homestay Pak Tuah (3) Homestay Pak Tuah (4) Homestay Pak Tuah (5) Homestay Pak Tuah (6) Homestay Pak Tuah (7) Homestay Pak Tuah (8) Homestay Pak Tuah (9) Homestay Pak Tuah (10)

%d bloggers like this: