Archive for 20 Ogos 2014


USRAH MINGGU INI

Seronoknya usrah kami pada minggu ini di rumah Ustaz Rafihi selain dapat pengisian, nasihat yang disampaikan oleh Abang Amin, dapat juga kiriman mafla Palestin cetakan Yayasan Amal Malaysia yang Ustaz Rafihi bawa balik tempohari.

Soal jamuan makan, memang menu di rumah Ustaz Rafihi tidak pernah menghampakan.

Usrah (1) Usrah (2) Usrah (3)

Tarikh : 18 Ogos 2014

Lokasi : Politeknik Sepanggar

Ceramah yang dikhususkan kepada kakitangan bukan mengajar di kolej ini, membincangkan tentang skop ibadah yang luas dalam Islam. Bukannya tentang ibadah khusus semata-mata tetapi kehidupan ini jika mengikut aturan syariatnya sama ada perkataan, perbuatan bahkan hatinya adalah dikira sebagai ibadah yang diganjari dengan pahala.

Saya gembira dapat berkongsi di sini walaupun pertama kali bersama mereka. Juga gembira kerana menyempurnakan satu slot daripada seluruh program seharian yang disusun untuk kesemua peserta.

Poli (1) Poli (2) Poli (3)

%d bloggers like this: