Archive for 15 Ogos 2014


Alhamdulillah, pihak pentadbiran maahad telah memutuskan mengadakan sesi tazkirah setiap pagi jumaat selepas kelas tasmik al-Quran. Sesi tazkirah ini dikhususkan untuk para pensyarah dan kakitangan bukan mengajar.  Majlis ini bermula secara rasmi pagi tadi dan saya diamanahkan untuk mengisi program ini setiap minggu.

Program ini diadakan secara ringkas saja setiap minggu, tazkirah sekitar 10 minit, perbincangan atau soal jawab dan jamuan. Saya merasakan program yang sangat baik untuk kami berbincang isu-isu semasa dan mengeratkan ukhuwah sesama kami yang kadang-kadang sibuk dengan kelas dan urusan pentadbiran.

TazkirahMTQQ (1) TazkirahMTQQ (2)

Tarikh : 14 Ogos 2014

Lokasi : Pusat Pendidikan Islam an-Nur, Kepayan

Kelas kembali bermula selepas bercuti hampir 2 bulan bagi memberi laluan kepada bulan Ramadhan dan Syawal. Kelas masih dibuka kepada peserta-peserta baru sama ada untuk asas mengaji, talaqqi al-Quran atau menghafaz al-Quran.

KTHM, M68 (1) KTHM, M68 (2) KTHM, M68 (3) KTHM, M68 (4) KTHM, M68 (5)

%d bloggers like this: