Archive for 12 Ogos 2014


Jadikan media baru sebagai penghubung ukhwah, bukan ‘adawah (permusuhan) sesama rakan seperjuangan.

Caranya:

Jangan fitnah sesama sendiri. Isu-isu parti kita serah kepada pimpinan, kerana mereka berada di medan. Jangan pula bila pimpinan buat keputusan yang tidak secucuk dengan kita, maka kita balun sampai tak bernafas.

Janganlah guna bahasa yang menghina rakan, walaupun isi betul, bahasanya menyakit hati. Berlapang dada atas teguran. Jangan ego dengan pandangan sendiri, kita hidup berjamaah. Jangan tegak benang yang basah.

Sahabat yang kita hina, dia juga ada pengikut, kerana Ayah Pin yang tidak betul pun ada pengikut. Janganlah pula bila orang cerca sahabat yang kita suka, maka dibela. Tetapi membiarkan orang memfitnah orang yang dia tidak suka.

WhatsApp, massegelah secara personal daripada kita guna medium umum supaya orang lain tidak tahu. Kalau perlu tidak menjawab pun tak apa di dalam FB @ WhatsApp isu-isu yang mengundang perbalahan. Kerana kadang-kadang, lain yang kita maksud, lain yang dia faham.

Jangan kita dedahkan proses perbincangan, kerana di sana ada pro & kontra, ini yang selalu berlaku perbalahan kerana perbincangan belum masak. Disiplinkan diri, biar pecah perut jangan pecah gajet. Fikir dulu sebelum menulis di media baru. Kita mesti fikir fitnah bertulis kekal, berbanding dengan fitnah lidah.

Pegang falsafah apa yang berlaku dalam jamaah dan rakan tahaluf bukan boleh diselesai melalui media, tetapi dengan perbincangan tertutup. Ingat! Dalam media baru ada yang bertindak sebagai batu api, sehingga di dalam air pun boleh menyala.

Peringatan Dhuha untuk diri saya. Ustaz Idris Ahmad. 12/8/14.

Eksiden (1) Eksiden (2)

Kepulangan dari Darussyifa’ Lok Kawi, saya berhenti di satu perjalanan apabila melihat satu kemalangan ketika hampir tengah malam, menurut cerita-cerita lisan yang berlegar di sana kereta tersebut terbabas sendiri ke seberang jalan yang bertentangan.

Apa yang kami saksikan ketika pihak bomba dan penyelamat datang membantu mangsa, kami melihat kesan-kesan bau arak dan botolnya sekali di situ.

%d bloggers like this: