Anak-anak

Tarikh : 8 Ogos 2014

Saya mengenang detik seperti yang anak-anak saya lalui pada hari seumpama ini.

Tiga anak teratas – Nuha, Hana dan Hadi di SK Kg Contoh Petagas, juga Lu’lu’ dan Aina’ di PASTI Taman Petagas,  juga disertai oleh Ubay mengadakan majlis hari raya di tempat masing-masing dengan pakaian hari raya. Hari yang mereka bergaya dengan pakaian masing-masing, bukan dengan pakaian seragam sekolah.

Saya mengenang detik ini seperti pernah lalui satu ketika dahulu pada zaman sekolah. Satu majlis yang guru membenarkan kita memakai pakaian lain selain seragam sekolah ke sekolah. Hari yang penuh warna warni, gembira dan menyelerakan.