Archive for 9 Ogos 2014


Tarikh : 7 Ogos 2014

Lokasi : Pusat Rawatan Darussyifa’ Lok Kawi

Pelbagai isu dibincangkan dalam mesyuarat yang dipimpin sendiri oleh Ustaz Haji Muchlish Ali Kasim selaku pengerusi Darussyifa’ Sabah dalam rangka memperbaiki khidmat Darussyifa’ kepada pelanggan dan umat Islam yang memerlukan bantuan.

Juga dibincangkan segala aktiviti bagi memperkenalkan Darussyifa’ Sabah sebagai NGO yang berteraskan kebajikan dan pengubatan Islam khususnya bagi program Karnival TV al-Hijrah yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.

Mesy DSSabah (1) Mesy DSSabah (2) Mesy DSSabah (3) Mesy DSSabah (4) Mesy DSSabah (5)

Khatib : Yusrino Yusuf

Lokasi : Masjid as-Salam Kg Contoh Petagas

Sesungguhnya kemajuan yang dicapai hari ini adalah hasil dari keadaan keselamatan negara yang terkawal dan kukuh hasil pengorbanan anggota pelbagai cabang pasukan keselamatan masa lalu.

Bagaimanapun, kini hanya sebilangan rakyat benar-benar menghargai nikmat keselamatan dan keamanan yang dikecapi hari ini. Manakala sebilangan lagi tidak ambil kisah tentang perkara keselamatan dan kemanan yang mereka nikmati kini. Ini mungkin disebabkan oleh keamanan dan kemewahan telah menjadikan mereka begitu selesa dan tidak langsung menghargai keselamatan yang mereka kecapi.

Kalau inilah senarionya, apa akan terjadi pada negara kita akan datang? Apakah negara kita kekal aman dan selamat bagi warga yang mendiaminya? Yang pasti, asas ancaman terhadap negara adalah dari faktor keupayaan dan niat musuh. Kedua-dua elemen ini saling berkait dalam analisis ancaman terhadap negara.

Justeru, bagi memastikan kesedaran untuk memelihara dan mempertahankan keselamatan negara dihayati dan dibudayakan oleh segenap lapisan masyarakat, ia perlu dididik di peringkat sekolah lagi. Ini kerana keamanan dan keselamatan sesebuah negara berkait rapat dengan perasaan cinta, kesetiaan dan pengorbanan rakyat terhadap negara dan pemimpin secara menyeluruh yang perlu disemai dan disuburkan seawal mungkin.

Sebagai warga yang beragama Islam, menjadi kewajipan bagi kita mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana negara ini diberi nikmat keamanan, keselamatan dan kemakmuran.

Dengan wujudnya keamanan dan keselamatan, membolehkan segala urusan kehidupan dilaksanakan dengan lebih baik, terutama sekali urusan ibadat kepada Allah SWT seperti solat dan menuntut ilmu selain berusaha dan bekerja untuk menyara hidup. Atas sebab itu, kita sebagai umat Islam yang bermaruah dituntut supaya memelihara dan mempertahankan keamanan dan keselamatan negara ini dengan segala kudrat yang ada.

Maksud firman Allah SWT : “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” (S. Al-Anfal: 60).

Sehubungan dengan firman Allah SWT tersebut, mengangkat martabat ummah, mempertahankan kesucian agama dan memelihara keselamatan negara bagi mewujudkan negara yang aman dan damai merupakan suatu kewajipan. Setiap Muslim hendaklah bersedia untuk berkorban dari segi harta, ilmu, tenaga dan nyawa bagi mempertahankan kesucian agama dan memelihara kedaulatan negara.

Kesiapsagaan dalam urusan mempertahan dan memelihara keselamatan negara penting dan mendesak kerana Sabah khasnya dan Malaysia amnya dikurniakan sumber alam yang banyak dan bernilai tinggi.

%d bloggers like this: